6 Sebab Jadi Surirumah Adalah Pekerjaan Yang Paling Susah Di Dunia

tugas ibu

“Ingatkan jadi surirumah ni senang. Setiap masa boleh layan anak dan suami. Rupanya lepas habis berpantang 2 bulan di rumah, barulah aku tahu macam mana susahnya mengurus keluarga. Banyak betul tugas ibu yang aku pandang remeh selama ini.”

Pernahkah anda terfikir apa tugas ibu yang dilakukan di rumah setiap hari? Pernahkah anda menghargai apa yang isteri anda lakukan sebagai seorang surirumah?

Walaupun sesetengah orang memandang rendah kerana mereka hanya duduk di dapur, pengorbanan mereka amatlah tinggi. Malah, bukan calang-calang orang yang boleh memikul tanggungjawab tersebut dengan berlapang dada.

Foto Kredit: aboutislam.net

6 Sebab Jadi Surirumah Adalah Pekerjaan Yang Paling Susah Di Dunia

Ini 6 sebab mengapa tugas ibu dan isteri yang menjadi surirumah amat mencabar.

1. Mereka ‘On-Call' 24 Jam Sehari

Tugas ibu bermula sebaik saja mereka bangun tidur hinggalah mereka masuk tidur. Kerja rumah memang tak pernah habis. Bukan setakat itu, dalam waktu tidur sekalipun, mereka akan sentiasa ‘on-call' dan perlu bersedia menghadapi sebarang keperluan anak dan suami.

Mereka tiada cuti tahunan, cuti tanpa gaji, atau apa-apa cuti langsung. Malah, pergi bercuti dengan keluarga sebenarnya menjadikan mereka lebih letih dan seolah-olah kena pergi ‘outstation'. Apabila ada masa terluang, jarang sekali waktu ini digunakan untuk diri mereka sendiri. Bahkan, ia selalu dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja rumah, bermain dengan anak, dan berehat sekadarnya sebelum menyambung tugasan lain.

Foto Kredit: minnesotasnewcountry.com

2. Mereka Tak Dibayar Gaji

Apabila anda bekerja, setiap bulan anda tentu akan berasa gembira apabila tarikh gaji semakin hampir. Walaupun pekerjaan yang anda miliki bukanlah pekerjaan yang paling anda suka, gaji yang dimiliki akan memberi dorongan untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya.

Secara tidak langsung, gaji bukan saja memberi sumber pendapatan, tetapi juga dorongan dari segi mental untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Tetapi, seorang surirumah hanya mengharapkan belas ihsan suami. Dalam kesibukan itu, ramai juga wanita yang gigih mencari pendapatan sampingan dan mengorbankan masa mereka yang serba suntuk.

Foto Kredit: shutterstock.com

3. Mereka Dipandang Serong Oleh Sesetengah Masyarakat

Kita kini hidup dalam generasi yang sentiasa meraih perhatian atas apapun pencapaian yang dilakukan. Apabila anda bergelar surirumah, mesti ada mulut-mulut yang akan membuat pelbagai andaian yang kurang tepat ke atas diri anda.

Cuba kalau anda kata anda seorang peguam, jurutera, atau doktor – maka masyarakat pun menyanjung dan meletakkan anda di tempat yang tinggi. Namun, surirumah sukar diterima pandangannya walaupun oleh suami dan keluarga terdekat, hanya kerana mereka tidak memegang sebarang jawatan.

Foto Kredit: spiritriau.com

4. Mereka Tiada Kehidupan Sosial

Bercakap dengan anak-anak tidak sama seperti bercakap dengan seseorang dewasa. Inilah kehidupan sosial yang amat kurang dipenuhi apabila menjadi surirumah.

Bukannya mudah melalui kehidupan yang tidak bersosial. Walaupun seseorang wanita itu bukanlah jenis seorang yang suka berbual atau peramah, percayalah bahawa mereka perlu bercakap dengan seseorang (dewasa) untuk mengekalkan kewarasan mereka!

tugas ibu
Foto Kredit: caremondo.com

5. Mereka Mempunyai Bos Yang ‘Pelik'

Iaitu diri mereka sendiri. Bukan mudah menjadi bos kepada diri sendiri. Ada masanya anda tahu apa yang anda inginkan, tetapi kebanyakan masanya anda ‘terpaksa' berlagak seperti tahu segalanya.

Kadangkala, nak masak untuk makan malam pun boleh menyebabkan rasa stres kerana kekeringan idea dan ditambah pula dengan keletihan.

Foto Kredit: rd.com

6. Mereka Jarang Dihargai

Bayangkan kalau gaji anda ditahan 3 bulan, dapatkah anda berasa ‘senang' walaupun anda tahu ia akan dibayar? Itulah yang dirasai oleh surirumah. Walaupun mereka melakukan sesuatu yang hanya dapat dibalas pada hari akhirat, namun tentu ada masanya mereka akan berasa sedih, keliru, cepat marah, dan bosan apabila orang dalam rumah tidak menghargai kewujudan mereka.

Oleh itu, apa salahnya anda memberi pelukan kepada isteri, membantu melakukan kerja-kerja mudah, dan membawa mereka makan di luar sekali-sekala. Tentu tindakan ini sedikit sebanyak mengukir senyuman dalam wajah mereka.

cara gendong bayi
Foto Kredit: nurtureandbliss.com

Surirumah Adalah Tugas Yang Mulia

Terbukti bahawa tugas ibu dan surirumah bukannya tanggungjawab yang ringan. Sungguhpun dianggap mengharapkan ihsan suami setiap bulan, namun terdapat pelbagai perkara yang perlu dikorbankan dari segi mental dan fizikal.

Oleh itu, penting untuk kita fahami bahawa tugas mereka ini bukanlah semudah yang disangka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *