Tentang Kami

ZURIAT ialah..

merupakan sebuah media yang memfokuskan tentang tips, ilmu dan perkongsian berkaitan kehamilan, berpantang, penjagaan bayi, penyusuan, dan keibubapaan. Segalanya tentang zuriat anda.

Ramai ibu bapa yang mengimpikan anak yang cemerlang rohani, jasmani dan berbakti semula kepada mereka. Sayangnya, persediaan dan komitmen yang diberikan ibu bapa zaman moden ini sangat-sangat sedikit.

Kerana itu, timbul kecelaruan dan pemberontakan di kalangan anak-anak.

Justeru, kami janjikan kepada anda segala informasi, tips, pengetahuan dan ilmu dalam mendidik anak yang dapat membantu anda bukan sahaja bermula dari kecil, malah sejak dari sebelum lahir lagi.

Kami percaya, ibu bapa yang berilmu dan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mampu melahirkan anak yang terbaik bukan sahaja di dunia dan di akhirat.

Anda boleh sahaja menghubungi kami di [email protected] samada untuk bertanya khabar, berkongsi ilmu, menegur kesalahan yang dilakukan kami, atau untuk meminta alamat kami untuk diberi hadiah (ini paling kami suka).

Atau boleh juga mengisi borang disini, atau terus menghubungi kami di Fanapge kami, Zuriat.