9 Tanda-Tanda Hamil Anak Perempuan (Mitos VS Fakta)


Sebaik sahaja mendapat ujian kehamilan yang positif dan mula sedar akan tanda-tanda mengandung mesti anda tertanya-tanya “Ini baby lelaki ke perempuan?”

Sesetengah ibu bapa mungkin mengharapkan anak perempuan dan ada juga mengharapkan anak lelaki. Walau apa pun jantina bayi itu adalah rezeki daripada Allah (SWT), terimalah dengan hati yang terbuka. Tetapi fokus kita kali ini adalah terhadap anak perempuan.

Terdapat banyak petua yang dikongsikan orang lama-lama berkenaan tanda tanda hamil anak perempuan. Sejauh manakah kebenarannya?

Kami rungkaikan dibawah antara mitos dan fakta dalam mengenalpasti anda mengandung bayi perempuan.

Bilakah Jantina Bayi Ditentukan?

Jantina bayi sudah ditentukan sebaik sahaja persenyawaan berlaku. Persenyawaan terjadi apabila telur bergabung dengan sperma. Jantina bayi ditentukan melalui DNA, iaitu apabila telur disenyawakan sama ada dengan kromosom Y (akan menjadi bayi lelaki) atau dengan kromosom X (akan menjadi bayi perempuan).

Semua telur iaitu ovum yang dihasilkan oleh ibu membawa kromosom X, tetapi sperma daripada bapa pula boleh membawa sama ada kromosom Y atau kromosom X. Apabila telur dan sperma bertemu, jantina akan ditentukan hasil sama ada daripada dua kombinasi di bawah:

  • XY : Bayi Lelaki
  • XX : Bayi Perempuan

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Memeriksa Jantina Bayi?

Alat kelamin yang membezakan jantina bayi seperti kelentit (bayi perempuan) atau zakar (bayi lelaki) mula berkembang sekitar sembilan minggu kehamilan sehingga minggu ke-11.

Paling awal ibu bapa boleh mengetahui jantina bayi adalah sekitar minggu ke 10 melalui ujian darah seperti ujian MaterniTi. Tetapi ujian ini jarang dilakukan oleh doktor. Kebanyakan ibu bapa dapat mengetahui jantina bayi semasa pemeriksaan anatomi, iaitu melalui ultrasound scan bermula minggu ke-20 kehamilan dan ke atas.

 

9 Tanda-tanda Anda Hamil Bayi Perempuan (Mitos vs Fakta)

  1. Morning sickness yang berlebihan atau teruk

Mitos: Selama bertahun-tahun, ibu-ibu merasakan morning sickness yang paling teruk dialami berlaku semasa kehamilan bayi perempuan, tetapi adakah itu benar?

Fakta: Tiada kajian saintifik atau bukti yang membuktikan bahawa ibu yang hamil bayi perempuan mengalami morning sickness yang lebih teruk. Ramai ibu yang mengalami mual teruk juga melahirkan bayi lelaki. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa fakta dalam mitos ini berkaitan dengan hiperemesis gravidarum.

Satu kajian pada tahun 1999 yang diterbitkan di Lancet menyatakan ibu-ibu dengan hiperemesis gravidarum lebih cenderung membawa wanita. Ini mungkin disebabkan oleh tahap hormone hCG yang lebih tinggi, hormon kehamilan, atau hormon wanita yang lebih tinggi seperti estrogen atau progesteron (1).

[Baca juga7 Tanda Hamil Anak Lelaki]

 

  1. Bentuk perut

Mitos: Jika perut anda kelihatan sepeti menaik atau tinggi ia mungkin membawa maksud bayi perempuan di dalam kandungan anda.

Fakta: Secara amnya, bentuk perut lebih berkait dengan tubuh ibu dan jumlah bayi di dalam kandungan berbanding jantina bayi. Sebagai contoh, ibu yang kurang tinggi mungkin kurang mempunyai ruang di dalam perut untuk bayi berkembang dan kelihatan seperti perutnya ke depan atau keluar.

Sebaliknya, perut seorang ibu yang tinggi kelihatan tidak terlalu menonjol. Faktor lain yang mempengaruhi bentuk perut termasuk: berapa banyak cecair amniotic (air ketuban) yang terdapat di dalam plasenta, berat badan ibu, dan bentuk badan semasa pra-kehamilan seseorang ibu.

 

  1. Mengidam makanan manis
Foto Kredit: bbc.com

Mitos: Anak perempuan biasanya dikaitkan dengan perwatakan yang ceria, comel dan manis. Ada orang mengatakan sekiranya ibu mengidam makanan manis bermakna dia sedang mengandungkan bayi perempuan.

Fakta: Keinginan anda mungkin memberi isyarat yang berguna berkaitan dengan badan anda bukan sekadar jantina bayi anda. Bergantung pada apa yang anda inginkan, anda mungkin dapat belajar sedikit tentang apa yang anda inginkan.

Contohnya, jika anda menginginkan ais kiub, badan anda mungkin kekurangan zat besi; jika anda menginginkan coklat, mungkin badan anda perlukan magnesium. (2, 3). Dan jika anda mengidam makanan manis sebenarnya mungkin anda kurang tidur.

 

  1. Kulit berminyak

Mitos: Ada juga yang mendengar mitos seperti ini: “Anak perempuan akan membuatkan ibu mereka tumbuh jerawat dan kulit berminyak kerana mereka mencuri kecantikan ibu mereka.”

Fakta: Jangan risau. Sebenarnya tiada kecantikan yang dicuri daripada ibu. Mitos ini sama sekali tidak benar dan bukan tanda kehamilan bayi perempuan. Perubahan kulit semasa kehamilan adalah 100% berkait dengan tahap hormon ibu. Seperti yang kita tahu, kehamilan boleh menyebabkan tahap estrogen menjadi tinggi (4), yang boleh menyebabkan jerawat lebih banyak.

[Baca juga : 9 Tanda Bahaya Kehamilan]

  1. Perubahan mood
Foto Kredit: goodtherapy.org

Mitos: Menurut mitos, jika anda hamil dengan seorang bayi perempuan, anda boleh mengalami lebih banyak perubahan mood yang dramatik daripada jika anda hamil dengan bayi lelaki. Ini kerana mood swing seringkali dikaitkan dengan seorang wanita.

Fakta: Sama seperti kulit berminyak, perubahan mood anda dipengaruhi oleh hormon yang semakin meningkat yang diperlukan untuk mengekalkan kehamilan anda.

Ini dibuktikan dalam satu kajian, tahap estrogen lebih tinggi dan paras progesteron lebih rendah dalam kehamilan gadis semasa hamil berpotensi mempengaruhi mood. Selain itu, terdapat kajian lain yang membantah paras hormon menentukan kehamilan bayi lelaki atau bayi perempuan.

 

  1. Warna Urin(air kencing)

Mitos: Anda mungkin pernah mendengar bahawa air kencing yang jernih atau pudar adalah salah satu tanda kehamilan bayi perempuan.

Fakta: Salah! Warna air kencing anda sebenarnya menceritakan banyak tentang kesihatan anda, tetapi ia tidak menunjukkan jantina bayi. Air kencing yang jernih atau pudar disebabkan penyerapan air yang baik di dalam badan anda.

Air kencing yang gelap dan pekat merupakan tanda anda mengalami dehidrasi atau tidak cukup air di dalam badan. Pastikan minum sekurang-kurangnya lapan gelas 8 gelas air setiap hari. Ada yang mengatakan pH air kencing boleh digunakan untuk meramal seks bayi (lebih tinggi asid dalam air kencing bermakna seorang bayi perempuan). Ianya adalah salah!

pH urin anda boleh berubah melalui pemakanan, supplemen, dan ubat-ubatan. Jadi, eksperimen  ini menentukan jantina yang menggunakan baking soda langsung tidak boleh dipercayai.

 

  1. Linea nigra

Mitos: Linea nigra, atau “garis gelap,” adalah garis berpigmen yang memanjang ke pusat perut wanita yang hamil. Jika garisan itu berhenti di pusat perut, dikatakan bayi itu seorang bayi perempuan.

Fakta: Linea nigra adalah perubahan kulit yang disebabkan oleh peningkatan pengeluaran melanin bukan jantina bayi anda. (5)

 

  1. Kadar Denyuan Jantung Bayi

darah tinggi ketika hamil

Mitos: Mendengar denyutan jantung bayi adalah salah satu perkara yang mengujakankan semasa hamil . Biasanya doktor boleh mengetahui kadar denyutan bayi anda (untuk memastikan ia berada dalam keadaan normal), tetapi ia sering digunakan untuk meramalkan jantina bayi. Kononnya, bayi perempuan mempunyai kadar jantung lebih tinggi daripada lelaki. Adakah ia benar?

Fakta: Denyutan jantung bayi yang normal semasa kehamilan adalah antara 120 hingga 160 bpm. Denyutan jantung ini akan menjadi perlahan sedikit sebelum lahir. (6)

Semasa melahirkan, kanak-kanak perempuan cenderung mempunyai kadar jantung yang lebih tinggi, jadi semasa sedang menunggu kelahiran, ini mungkin boleh menggembirakan anda sebelum anda bertemu bayi!

Walau bagaimanapun semasa mengandung, kadar denyutan jantung lebih menunjukkan usia kehamilan. Malah, kajian ini membuktikan bahawa kadar denyutan jantung pada trimester pertama dan jantina bayi langsung tidak berkaitan.

 

  1. Mimpi atau gerak hati

Adakah anda pernah bermimpi bahawa anda mempunyai seorang bayi perempuan? Atau mungkin anda boleh merasakannya dalam usus anda? Percaya atau tidak, perasaan ini boleh menjadi tanda yang lebih dipercayai anda mempunyai seorang bayi perempuan daripada mitos yang ada di dalam senarai ini.

Kesimpulannya

Tanda-tanda bahawa anda hamil bayi perempuan selalunya kurang tepat dan hanyalah pendapat berdasarkan pengalaman sahaja.

Morning sickness yang berlebihan dan tekanan mungkin bermakna ibu mungkin hamil bayi perempuan, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami sepenuhnya bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi jantina bayi.

Cara yang paling berkesan untuk menentukan jantina bayi adalah meminta pendapat profesional seperti doctor atau pakar scan dengan melakukan ujian ultrasound scan setelah kandungan berusia 20 minggu dan ke atas.

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *