Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Terbaik

makanan terbaik untuk bayi 4-6 bulan

Resepi Bubur Nasi | Stew Epal | Lobak Kukus | Bubur Nasi + Tauhu + Kacang Pis

Pada artikel lepas berkenaan dengan resepi, saranan makanan bayi yang terbaik dan pertama ialah puri avokado. Namun begitu, ibu bapa harus pelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein. Ianya penting untuk bermula dengan makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan kelahiran.

Walaupun makanan harus dipelbagaikan, ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula. Sebolehnya variasikan makanan bayi anda.

Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.

Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.

Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai dijadikan makanan bayi 6-8 bulan.

Kumpulan Bijirin

Bubur Nasi (Hidangan dua orang)

  • 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
  • 450 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak

  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Hidangkan semasa panas.

Cadangan

  • Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  • Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

Kumpulan Buah-buahan

Stew Epal (Hidangan dua orang)

  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
  • 250 ml (1 cawan) air

Cara memasak

  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
  3. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  4. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.

Cadangan

  • Hidang bersama susu ibu
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

 

puri lobak untuk bayi

Kumpulan Sayur-sayuran

Lobak kukus (hidangan dua orang)

  • 60 g (½ cawan) lobak merah
  • Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak

  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
  2. selama 15 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
  4. secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan

  • Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
  • Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
  • Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran

Gabungan Kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin)

Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.

Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:

Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis

(Hidangan untuk 2 orang)

  • 25 g (2 sudu makan) beras
  • 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
  • 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak

  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
  3. dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  4. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  5. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

Selamat Mencuba!

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia & KeluargaBaru.com

Sumber Gambar: 3 First Food That Your Baby NeedsSpiced Carrot Puree


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *