Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sup Bihun, Ubi Keledek dan Sayuran

resepi bayi 9-11 bulan sayur dan ubi keledek

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Takut si manja bosan dengan bubur nasi setiap hari? Mari pelbagaikan tunas rasa anak anda dengan resepi berkhasiat ini!

Bubur nasi sudah biasa. Apa kata cuba Sup Bihun pula!

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

  • 15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit
  • 15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
  • 10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
  • 15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
  • 60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
  • 400 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
  3. Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
  4. Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
  5. Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

*Sumber Gambar dari Buku yang sama


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *