Resepi Bayi (9-11 Bulan): Snek Buah-buahan

snek buah buahan untuk bayi 9-11 bulan

Disamping menghidangkan bijirin seperti bubur nasi dan oat kepada si manja, jangan lupa kepada buah-buahan. Buah-buahan kaya dengan serat dapat membantu penghadaman dan mengurangkan risiko sembelit.

Jom cuba resepi snek buah-buahan untuk anak tersayang anda!

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

  • 100 g (1) pisang masak
  • 40 g (2 sudu makan) mangga, dipotong kecil
  • 50 ml (3 sudu makan) yogurt perisa asli
  • 25 g (4 sudu makan) oat, dihancurkan

Cara memasak

  1. Lenyekkan yogurt dan pisang sehingga sebati.
  2. Masukkan oat yang dikisar dan kiub mangga dan kacau sehingga sebati.
  3. Simpan sebentar ke dalam peti sejuk dan hidang semasa sejuk.

Cadangan

Mangga boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti betik atau epal.

 

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

*Sumber Gambar dari Buku yang sama


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *