Resepi Bayi (9-11 Bulan): Bubur Oat Plum dan Pisang

Resepi Bayi Bubur Oat Plum dan Pisang

Jom cuba resepi yang kaya dengan serat dan vitamin hanya untuk anak tersayang anda!

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

  • 18 g (3 sudu makan) bijirin segera bayi (oat)
  • 35 g (½ biji) plum masak, dibuang biji dan dicincang
  • 50 g (½ biji) pisang masak, dilenyek
  • 100 ml (¹⁄³ cawan) air

 

Cara memasak

  1. Rebus plum dan pisang sehingga lembut. Lenyek sehingga menjadi puri dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kacau campuran puri dengan sedikit air suam dan tambahkan bijirin segera bayi.
  3. Hidangkan segera.

 

Cadangan

  • Bijirin bayi segera boleh digantikan dengan nasi atau bijirin yang dimasak sendiri.
  • Plum boleh digantikan dengan buah-buahan pilihan anda.
  • Tambahkan susu ibu sebelum menghidang.

 

 

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

*Sumber Gambar dari Buku yang sama


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *