Perkembangan Janin 40 Minggu Kehamilan-Perubahan Ibu & Bayi

Perkembangan Janin 40 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

  • 6
  • 5
  •  
  •  
  •  
    11
    Shares

Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah tembikai besar dengan ukurannya sepanjang 20.2 inci dari kepala hingga tapak kaki dan seberat 3.4 kg.

40 minggu bermaksud anda sudah hamil selama sembilan bulan. Tahniah! Inilah masa yang ditunggu tunggu.

Keadaan Ibu Pada Minggu 40 Kehamilan

Antara simptom pada minggu ke 40 ialah :

  • Sakit Pinggul. Semasa berada dalam posisi untuk bersalin, bayi mungkin berada pada posisi yang paling bawah dan membuatkan pinggul anda rasa berat dan tak selesa.
  • Kontraksi Braxton Hicks. Salah satu cara badan melatih dirinya untuk melakukan kontraksi semasa bersalin nanti. Anda mungkin mendapati yang rahim anda rasa seperti sangat sendat dan ketat selama beberapa minit kemudian kembali normal. Ubah posisi anda untuk mengurangkan keadaan ini.
  • Kejang Kaki. Sentiasa lurus dan regangkan kaki anda disamping banyak minum air bagi mengurangkan kejang kaki.
  • Risau. Sentiasa berdoa yang bayi anda akan keluar dengan mudah. Cuba yang terbaik untuk tidak terlalu stress.
  • Susah Untuk Tidur. Sekiranya anda susah untuk tidur, cuba buat aktiviti yang dapat menenangkan anda seperti membaca, mendengar muzik atau menulis jurnal. Banyakkan berehat kerana anda memerlukan tenaga yang banyak semasa bersalin nanti.

Sekiranya terdapat simptom yang lain dari kebiasaan, sila berjumpa doktor dengan segera.

Perkembangan Janin Pada 40 Minggu Kehamilan

  • Kulit Kering – Sejak salutan pada kulit bayi yang bertindak sebagai pelembap tertanggal, kulit bayi menjadi kering.
  • Ini Minggunya – Ini minggu dimana tarikh anda dijangka bersalin. Sekiranya anda tidak lagi bersalin, jangan risau. Kira-kira 30% ibu bersalin selepas tarikh jangkaan tersebut. Anda tak keseorangan!
  • Bercakaplah Dengan Bayi – Bercakaplah dengan bayi sekerapnya selepas dia bersalin supaya bayi terus dapat mengenal pasti suara anda dan pasangan.

Bayi sudah pun bersedia bila-bila masa sahaja untuk keluar. Sekiranya anda masih lagi tidak bersalin, doktor akan menjalankan pemeriksaan biofizikal dan sentiasa memantau degupan jantung bayi.

Doktor juga akan membuat imbasan ultrasound bagi melihat tahap air ketuban dalam rahim anda. Sekiranya semuanya okay, doktor akan membenarkan anda menunggu maksimum dua minggu lagi.

Anda boleh mengamalkan tips-tips di artikel ini bagi membantu proses bukaan rahim anda.

TIPS MINGGU INI

  • Bincang dengan doktor tentang kenapa, bagaimana dan apa yang perlu dibuat sekiranya doktor menyarankan bersalin induce.

Sumber & Rujukan

WhatToExpect, TheBump, BabyCenter, WebMD, Pixabay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top