Perkembangan Janin 39 Minggu Kehamilan-Perubahan Ibu & Bayi

Perkembangan Janin 39 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

  • 9
  • 2
  •  
  •  
  •  
    11
    Shares

Minggu ini bayi anda sudah sebesar sayur labu dengan ukurannya sepanjang 20 inci dari kepala hingga tapak kaki dan seberat 3.3 kg.

39 minggu bermaksud anda sudah hamil selama lapan bulan dan tiga minggu. Minggu depan genap sembilan bulan anda hamil dan menghampiri tarikh jangkaan bersalin anda.

Keadaan Ibu Pada Minggu 39 Kehamilan

Antara simptom pada minggu ke 39  ialah :

  • Sakit Pinggul. Semasa berada dalam posisi untuk bersalin, bayi mungkin berada pada posisi yang paling bawah dan membuatkan pinggul anda rasa berat dan tak selesa.
  • Kontraksi Braxton Hicks. Salah satu cara badan melatih dirinya untuk melakukan kontraksi semasa bersalin nanti. Anda mungkin mendapati yang rahim anda rasa seperti sangat sendat dan ketat selama beberapa minit kemudian kembali normal. Ubah posisi anda untuk mengurangkan keadaan ini.
  • Kemas Rumah. Sesetengah ibu berkongsi yang timbul perasaan dan tenaga yang cukup untuk membersihkan rumah bagi menyambut kelahiran bayi nanti.
  • Plug Mukus. Mukus yang tebal dan mempunyai titisan darah akan keluar dari vagina anda. Jumpa doktor untuk pengesahan bukaan rahim anda.

Sekiranya terdapat simptom yang lain dari kebiasaan, sila berjumpa doktor dengan segera.

Perkembangan Janin Pada 39 Minggu Kehamilan

  • Otak Bayi- Walaupun bayi tidak lagi membesar seperti sebelum ini, otaknya masih terus membesar. Saiz otak bayi kini 30% lebih besar berbanding empat minggu lepas.
  • Kulit Putih – Kulit bayi yang berwarna pink kini mula beransur berubah menjadi putih atau gelap sedikit. Kulit bayi tidak mempunyai pigmen sehinggalah hampir bersalin nanti.
  • Berat Bayi – Berat bayi kini sudah mencecah berat yang sepatutnya ketika dia lahir nanti.

Otak bayi sedang pesat membesar dan jadi semakin bijak. Kuku bayi juga mungkin sudah melepasi hujung jarinya sendiri.

Doktor akan menjalankan imbasan ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesihatan bayi di samping menjalankan pemeriksaan lain.

Sekarang hanyalah masa untuk menunggu tanda tanda yang menunjukkan bayi anda mahu keluar.

Anda boleh mengamalkan tips-tips di artikel ini bagi membantu proses bukaan rahim anda.

TIPS MINGGU INI

  • Masukkan makanan seperti roti atau biskut yang boleh memberi tenaga segera kepada anda. Ini penting sekiranya berlaku tanda tanda bersalin secara tiba-tiba dan anda tak sempat nak makan apa-apa bagi memberikan tenaga.

  • Kenali juga tanda tanda awal bersalin di sini.

Sumber & Rujukan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top