Perkembangan Janin 38 Minggu Kehamilan-Perubahan Ibu & Bayi

Perkembangan Janin 38 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

  • 7
  • 5
  •  
  •  
  •  
    12
    Shares

Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah tembikai kecil dengan ukurannya sepanjang 19.6 inci dari kepala hingga tapak kaki dan seberat 3.08 kg.

38 minggu bermaksud anda sudah hamil selama lapan bulan dan dua minggu. Bila-bila masa sahaja anda boleh berada di atas katil hospital.

Keadaan Ibu Pada Minggu 38 Kehamilan

Tinggal hanya lagi 3 minggu sebelum anda sampai ke tarikh dijangka bersalin. Kesemua simptom pada minggu ini berkait rapat dengan saiz bayi yang sudah semakin besar. Antara simptomnya ialah :

  • Pedih Ulu Hati. Seiring dengan bayi mula memenuhi sistem penghadaman anda, sistem penghadaman mungkin tidak dapat berfungsi seperti sebelum anda hamil. Elakkan dari makanan yang terlalu masam dan pedas.
  • Kontraksi Braxton Hicks. Salah satu cara badan melatih dirinya untuk melakukan kontraksi semasa bersalin nanti. Anda mungkin mendapati yang rahim anda rasa seperti sangat sendat dan ketat selama beberapa minit kemudian kembali normal. Ubah posisi anda untuk mengurangkan keadaan ini.
  • Susah Untuk Tidur. Minda anda yang risau dan gembira serta berkerja lebih dari sepatutnya membuatkan anda susah untuk tidur.
  • Gatal Perut. Saiz perut dan kulit yang meregang membuakan rasa gatal dan lebih sensitif. Sapu losyen dan krim bagi mengurangkan kegatalan.
  • Bengkak Tumit dan Kaki. Banyakkan berjalan dan minum air dengan banyak. Sekiranya bengkak tersebut menjadi sangat teruk, sila berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri anda mempunyai komplikasi pre-eklampsia.

Sekiranya terdapat simptom yang lain dari kebiasaan, sila berjumpa doktor dengan segera.

Perkembangan Janin Pada 38 Minggu Kehamilan

  • Mata Bayi – Ketika ini, warna mata bayi boleh jadi biru, kelabu atau coklat, tetapi sebaik sahaja terdedah dengan cahaya, ia mula berubah. Pada umur 1 tahun, barulah warna matanya kekal.
  • Rambut Gugur – Lanugo, rambut yang sangat halus yang menutupi tubuh bayi mulai gugur menandakan bersalin semakin hampir.
  • Menangis – Paru paru bayi mengembang dan kotak suaranya sudah terbentuk menandakan bayi akan mula berkomunikasi dengan anda dengan cara menangis.

Bayi mula menanggalkan lapisan berwarna putih (vernix caseosa) dari kulitnya. Anda mungkin dapat melihatnya semasa bayi keluar nanti.

Sekiranya anda ada temujanji dengan doktor pada minggu ini, doktor akan memeriksa bukaan rahim anda samada sudah terbuka untuk bersalin atau pun belum.

Bayi anda meneruskan latihan pelbagai kemahiran yang diperlukannya nanti selepas dilahirkan iaitu menarik dan menghembus air ketuban, menghisap, menelan, menggenggam dan mengelipkan mata.

TIPS MINGGU INI

Sumber & Rujukan

WhatToExpect, TheBump, BabyCenter, WebMD, Pixabay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top