Perkembangan Janin 3 Minggu Kehamilan - Perubahan Ibu & Bayi

Perkembangan Janin 3 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pada minggu lepas sperma sudah pun bertemu dengan telur dan disenyawakan. Tahniah. Anda sudah pun menghasilkan bayi. Bayi anda kini dalam keadaan yang dinamakan embrio.

Saiznya lebih kecil dari ketulan garam.

Minggu ini juga masih awal untuk anda mengesan kehadiran bayi anda dan anda juga masih belum terlepas dari tarikh anda datang bulan.

Telur yang telah disenyawakan akan mengambil masa kira-kira 4 hari untuk sampai ke kawasan rahim anda dan 2-3 hari lagi pula untuk menempel sepenuhnya pada rahim anda.

Menariknya, ketika proses sperma disenyawakan dengan telur, jantina bayi anda sudah pun ditentukan. Cuma, anda hanya boleh tahu melalui ultrasound pada minggu ke 18 dan ke atas.

Keadaan Ibu Pada Minggu 3 Kehamilan

Simptom pada minggu ini juga masih tidak terlalu ketara. Simptom yang berlaku pada awal-awal kehamilan biasanya berpunca dari perubahan hormon pada badan anda. Antaranya ialah :

  • Pendarahan Penempelan – Sekiranya embrio anda sudah pun masuk ke rumah barunya (rahim) dan menempel sepenuhnya, akan ada sedikit pendarahan yang akan keluar. Darah ini tak terlalu banyak.
  • Loya. Hormon kehamilan yang dinamakan hCG sudah mula meningkat dalam tubuh anda. Ini akan membuatkan anda rasa loya dan morning sickness.
  • Peerubahan Payudara. Anda akan mula rasa sakit pada payudara anda.
  • Terlepas Tarikh Haid. Sekiranya kitaran haid anda lebih pendek dari 28 hari, anda mungkin sudah terlepas tarikh anda sepatutnya datang haid.
  • Ujian Kehamilan Positif. Anda sudah pun boleh membuat UPT Test untuk menentukan sama ada anda hamil atau pun tidak. Sekiranya masih lagi negatif, anda boleh ulang semula pada minggu hadapan. Ini kerana hormon hCG meningkat 2 kali ganda setiap hari. Jadi, keputusan negatif mungkin disebabkan terlalu awal UPT test dijalankan.

Baca disini Tanda-Tanda Mengandung Yang Boleh Tahu Sebelum Missed Period.

Keadaan Bayi Pada Minggu 3 Kehamilan

Telur yang disenyawakan akan mula bergerak ke kawasan rahim anda dan dinamakan sebagai embrio.

Saiz bayi juga masih terlalu kecil untuk dilihat melalui ujian ultrasound scan.

TIPS MINGGU INI

  • Sekiranya anda tak sabar, anda sudah pun boleh membuat ujian kehamilan cuma jangan terlalu mengharap. Sekiranya masih lagi negatif, ulang semula ujian ini pada minggu hadapan.
  • Teruskan makan asid folik setiap hari.

Sumber & Rujukan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top