Perkembangan Janin 17 Minggu Kehamilan-Perubahan Ibu & Bayi

Perkembangan Janin 17 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

  • 12
  • 3
  •  
  •  
  •  
    15
    Shares

Minggu ini bayi anda sudah sebesar bawang yang besar dengan ukurannya sepanjang 5.1 inci dan seberat 167.26 gram. Tahniah kerana berat bayi sudah melepasi 100 gram.

17 minggu bermaksud sudah tiga bulan dan tiga minggu anda hamil. Tamatnya minggu ini menandakan anda sudah menjejaki bulan ke empat kehamilan. Yeay!

Sekarang anda sudah pun masuk ke minggu ke 17. Inilah masanya untuk anda merancang kewangan, peralatan bayi anda dan kelas kelas yang boleh anda sertai bagi menyambut kelahiran dan berpantang nanti.

Keadaan Ibu Pada Minggu 17 Kehamilan

Ini antara simptom yang boleh berlaku pada minggu ini

  • Pertambahan Cecair Badan. Pertambahan aliran darah membuatkan cecair dalam badan anda seperti peluh, keputihan, lendir hidung juga bertambah
  • Mimpi Pelik – Anda akan mula mengalami mimpi yang pelik disebabkan hormon anda.
  • Gatal Perut Dan Payudara. Seiring dengan bayi yang semakin besar, kulit anda semakin meregang dan menipis menjadikannya lebih sensitif sekaligus rasa lebih gatal. Pakai krim dan losyen, seperti Ellsee Stretchmark Lotion, yang sesuai bagi mengurangkan rasa gatal.
  • Pertambahan Berat Badan Yang Mendadak. Berat anda mungkin sudah bertambah kira-kira 2-4 kg dari berat asal anda.
  • Stretch Marks. Kulit di bahagian keliling perut anda mula menghasilkan stretchmark. Gunakan pelembap kulit yang berkualiti untuk mengurangkan kesan rekahan kulit tersebut.

Perkembangan Janin Pada 17 Minggu Kehamilan

  • Bersedia Untuk Menyusu – Bayi anda sudah mula pandai menghisap dan menelan dan bersedia untuk menyusu nanti.
  • Deria Pendengaran Lebih Jelas – Telinga bayi anda sudah semakin sempurna terbentuk dan semakin jelas mendengar suara anda.
  • Baju Panas Bayi – Storan lemak mula membentuk di bahagian bawah kulit bayi anda. Ini dapat membekalkan tenaga dan menjadikan bayi anda lebih selesa selepas kelahiran nanti.

Bayi anda semakin kuat dan besar. Tulang rawan bayi kini sudah bertukar menjadi tulang penuh. Selain itu, lemak juga mula terbentuk di keliling tulang menjadikannya lebih kuat.

Menariknya minggu ini, cap jari bayi anda sudah mula terbentuk menjadikan anak anda ialah satu-satunya manusia di atas muka bumi ini. Tiada yang serupa dengannya.

Paru paru mula menghembus keluar cecair ketuban dan sistem air kencing bayi juga sudah menjalankan tugasnya.

TIPS MINGGU INI

  • Kalau ada rasa seperti nak pengsan atau pitam, ubah posisi anda. Sekiranya tengah berdiri, cuba untuk duduk atau berbaring sebentar.

  • Sekiranya anda rasa kejang atau sakit di  bahagian kaki anda, ini adalah disebabkan tekanan dari kandungan anda pada urat dan sistem saraf kaki. Gunakan pad pemanas dan luruskan kaki bagi mengurangkan kesakitan.

Sumber & Rujukan

WhatToExpect, TheBump, BabyCenter, WebMD, Shutterstock, Pixabay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top