Perkembangan Janin 11 Minggu Kehamilan - Perubahan Ibu & Bayi

Perkembangan Janin 11 Minggu Kehamilan – Perubahan Ibu & Bayi

  • 5
  • 3
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares

Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah limau nipis yang besar dengan ukurannya sepanjang 1.6 inci dan seberat 7.087 gram.

Manakala anda pula sudah pun melepasi separuh dari bulan ketiga kehamilan. Tinggal lagi 2 minggu sebelum anda akan tamat trimester pertama. Tahniah!

Keadaan Ibu Pada Minggu 11 Kehamilan

Semasa minggu ke 11, badan dan minda anda masih lagi tidak stabil disebabkan kandungan hormon yang menggangu kehidupan anda. Tapi jangan risau. Semua ini akan berakhir tak lama lagi. Ini antara simptom dan perubahan lain yang berlaku pada diri ibu pada minggu ini.

  • Penat. Anda benar-benar lelah ketika ini Banyakkan berehat sementara menanti trimester kedua menjelma tak lama lagi.
  • Gas – Perut anda akan rasa berangin dan tak selesa. Jaga pemakanan dengan sebaiknya. Cuba elakkan makanan yang menghasilkan gas seperti makanan bergoreng.
  • Kulit Semakin Gelap. Anda mungkin akan tertanya-tanya bila melihat satu garisan gelap di kawasan perut anda. Ini adalah satu simptom yang dinamakan linea nigra. Jangan risau. Garisan tersebut tak selamanya berada disitu. Ia akan hilang selepas anda bersalin.
  • Morning Sickness dan Loya. Anda mungkin rasa macam putus harapan ketika ini dan mengharapkan kehamilan ini berakhir dengan cepat. Jangan risau. Tak lama lagi anda boleh menikmati kehamilan dengan lebih gembira.
  • Cecair Keluar Dari Vagina.  Inilah masa untuk anda beli panitiliner. Cecair yang keluar dari vagina akan berterusan sepanjang kehamilan anda.

Anda juga mungkin perasan yang rambut dan kuku anda tumbuh lebih cepat dari biasa selain kulit anda lebih berminyak dan berjerawat.  Ini semua berpunca dari hormon kehamilan.

Perkembangan Janin Pada 11 Minggu Kehamilan

  • Boleh Saya Dengar Ibu Sekarang? – Telinga bayi anda telah pun berada di berhampiran dengan kedudukan yang sepatutnya iaitu di bahagian tepi kepalanya
  • Otak Bayi – Ketika ini, saiz kepala bayi sama dengan separuh dari keseluruhan tubuh badannya.
  • Selamat Datang Jari Kaki & Tangan – Jari kaki dan tangan bayi sudah pun terpisah elok satu sama lain dan tidak lagi berbentuk seperti pendayung. Kuku juga sudah mula kelihatan.

Bayi anda sudah pun mempunyai jari kaki dan tangan yang normal. Semasa temujanji antara minggu ke 11 dan 12, doktor mungkin akan menjalankan imbasan ultrasound khas yang dipanggil NTS dan juga ujian darah.

Ini bagi mengesan dan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah pada bayi. Kedudukan bayi juga berubah pada minggu ini apabila bayi sudah mula pandai untuk meregangkan badannya.

Selain itu, bentuk dan keadaan bayi sudah mula nampak seperti seorang manusia yang sangat kecil pada minggu ini.

TIPS MINGGU INI

  • Rajin-rajinkan basuh tangan sebelum membuat sebarang aktiviti. Sekiranya ibu dijangkiti selsema pada minggu ini, bayi juga akan menghidap penyakit yang sama.

  • Anda juga sudah mula boleh menjalankan aktiviti senaman ringan seperti yoga. Ini sangat membantu semasa proses bersalin dan juga semasa berpantang nanti.

Sumber & Rujukan

WhatToExpect, TheBump, BabyCenter, WebMD, Shutterstock, Pixabay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top