Anda Suka Keju? Ini Sebab Kenapa Keju Tidak Boleh Dimakan Semasa Hamil

Pizza, Cheese Kek, Keropok lekor dan pelbagai lagi makanan sudah diintegrasikan dengan keju. Jangan sampai ada nasi lemak keju sudah-lah. Ramai orang memang sangat meminati keju. Tidak hairanlah jika ada ibu yang mengidam keju ketika hamil. Namun,adakah pengambilan keju dibenarkan semasa hamil?

 

Bolehkah Keju Dimakan Ketika Hamil?

Keju merupakan salah satu sumber kalsium  yang baik untuk badan. Tapi,bukan semuanya boleh dimakan ketika hamil kerana ada keju yang merbahaya kepada kandungan kerana mempunyai bakteria.

Selain dari itu juga, pengambilan kalsium yang banyak akan membuatkan bacaan HB anda rendah. Justeru itu, pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang terkawal.

p/s: Jangan ambil keju atau mana-mana makanan tenusu berdekatan dengan masa pemeriksaan doktor!

Ini Antara Keju Yang Boleh Dimakan Ketika Hamil

1. Keju Keras 

Keju keras yang boleh dimakan adalah seperti cheddar, parmesan dan Stilton. Bakteria kurang cenderung untuk membiak di keju ini kerana kandungan air dalam keju ini adalah sangat kurang.

keju cheddar

2. Keju Lembut 

Keju lembut yang tidak digunakan sebagai di dalam masakan adalah selamat dimakan. Antara keju lembut yang boleh diambil ialah keju mozzarella, keju yang terhasil dari susu kambing dan keju yang diproses.

 

keju kambing
Foto Kredit: Keju Kambing

Keju Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Hamil

1. Keju Lembut Dengan Kulit Putih

Keju lembut berkulit putih merupakan keju untuk acuan masakan seperti brie dan keju camember. Keju jenis ini tidak boleh diambil oleh ibu hamil kecuali ianya dimasak terlebih dahulu.

 

keju brie
Foto Kredit: MomJunction

2.Keju Biru Lembut

Keju biru lembut seperti Denmark biru, gorgonzola dan Roquefort juga tidak boleh dimakan ketika hamil. Namun,ia juga seperti keju sebelum ini ianya boleh dimakan hanya setelah dimasak.

keju roquefort
Foto Kredit: Stylist.co.uk

 

Mengapa Keju Lembut Lebih Merbahaya Berbanding Keju Keras?

Keju lembut perlu dielakkan pengambilannya kerana mereka kurang berasid berbanding dengan keju keras. Kelembapan yang ada pada keju lembut membolehkan kehidupan bakteria berbahaya seperti listeria.

Walaupun jangkitan listeria (listeriosis) jarang berlaku, tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil  kerana bakteria ini boleh menyebabkan berlakunya keguguran, mati ketika lahir atau sakit teruk pada bayi yang baru lahir.

 

Mengapakah keju lembut yang dimasak adalah selamat untuk dimakan?

Keju lembut yang dimasak membantu membunuh bakteria yang terkandung di dalamnya. Keju lembut tersebut adalah seperti Chevre, Roquefort atau gorgonzola.

Hidangan makanan yang mengandungi jenis keju ini juga perlu dimasak. Bahkan, adalah sangat penting untuk memastikan keju tersebut dimasak dengan sempurna.

 

Apa Itu Penyakit Listeriosis?

Kajian mendapati penyakit listeriosis adalah hasil daripada bakteria yang terkandung di dalam keju yang dipanggil listeria. Namun begitu,listerosis jarang berlaku.

Pada tahun 2011, terdapat lebih kurang 147 kes listeriosis di England dan Wales, dan 27 daripadanya adalah di kalangan wanita hamil.

Oleh itu,sekiranya anda seorang ibu hamil ,risiko dijangkiti penyakit ini  adalah tinggi kerana sistem pertahanan semula jadi badan anda daripada bakteria listeria lebih lemah semasa mengandung.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *