Lihat Bagaimana Negara Seluruh Dunia Menyambut Hari Ibu. #3 Paling “Pelik”

 

Hari Ibu datang dengan penuh tradisi di Amerika. Sarapan disediakan dalam bilik. Bunga-bungaan yang cantik dan kad berbentuk hati diberikan.

Tetapi ini bukan lah satu-satunya cara untuk menyambut hari istimewa bagi seorang wanita yang paling mulia dalam hidup kita.

Negara di seluruh dunia mempunyai cara mereka yang tersendiri dan unik untuk menyambut Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu 1

Malah, negara kita sendiri, Malaysia mempunyai cara dan adat sambutan kita yang tersendiri. Oh, indahnya negaraku.

Jom, Daddy nak bawa anda ke 5 buah negara yang mempunyai cara sambutan mereka sendiri. #3 yang Daddy rasa paling cool. Hahaha.

 

#1- Mexico.

Terkenal dengan muzik Mariachi. Memang sangat sinonim dengan lagu untuk Hari Ibu. Ahli keluarga akan menjemput band atau pemuzik datang ke rumah dan buat persembahan.

Ibu akan buat permintaan lagu dan akan dilayan sebagai pemaisuri di Hari Ibu. Ada makan tradisional juga. Sarapan iaitu tamales dan atole sejenis minuman panas daripada jagung.

 

#2- Thailand.

Thailand memilih tarikh lahir Permaisuri Sirikit yang dianggap sebagai simbolik keibuan untuk negera Thailand. Wan Mae (atau Hari Ibu) disambut pada 12 Ogos.

Hari Ibu sebagai cuti umum. Sambutan diadakan dengan memaparkan potret Pemaisuri Sirikit.  Pertunjukkan bunga api yang cantik dan unik. Kemudian, pesta lilin juga diadakan. Sangat cantik dan menarik.

Ibu ibu tidak dilupakan. Anak-anak akan sedekah kepada sami dan menghadiahkan kepada ibu mereka dengan bunga Jasmin Putih. Jasmin putih melambangkan kasih seorang ibu.

 

#3- Serbia.

Mereka ada satu tradisi menarik iaitu anak-anak akan ikat ibu mereka pada katil dengan lembut. Dan cuma akan lepaskan kalau ibu mereka berikan hadiah kepada mereka atau gula-gula.

Di Serbia, Hari Ibu disebut sebagai Materice. Dan disambut pada hari Ahad kedua sebelum hari Krismas.

 

#4- Australia.

Bunga Chrysanthemums adalah bunga rasmi tradisi untuk Hari Ibu di Australia. Sambutan mereka pada hari yang sama di Amerika.

Bunga kembang mekar pada musim luruh Mereka panggil “Mums” sebagai ringkasan. Seperti panggilan kepada ibu mereka.

Aussie bukan satu-satunya negara yang ada bunga rasmi untuk Hari Ibu. Jepun juga mempunyai tradisi yang sama.

Cuma, bunga mereka adalah bunga Teluki Merah. Bunga Teluki Putih pula untuk ibu mereka yang sudah meninggal dunia.

 

#5- Ethiopia

Hari Ibu di Ethiopia diadakan hujung musim hujan. Mereka adakan festival untuk memuliakan para ibu.

Anak-anak akan pulang balik ke kampung untuk melawat ibu mereka untuk 2-3 hari pada musim luruh. Tiada tarikh tetap.

Mereka pulang dengan bawa pulang bahan makanan tradisional mereka. Selepas pesta makan, ibu ibu dan anak perempuan akan melumurkan badan dengan butter dan menari serta menyanyi dengan keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *