10 Langkah Mudah Untuk Belajar Membaca Cepat Bagi Anak Kecil


Belajar membaca merupakan satu langkah yang sangat besar buat anak kecil. Dari aktiviti ini sahaja, ianya akan membuka satu dimensi baru yang sangat luas dalam dunia anak.

Tapi awas!

Jangan terlalu panik dan terburu-buru untuk buat anak boleh membaca secepat mungkin.

6-7 tahun bukanlah satu umur yang perlu anda risau sekiranya anak anda masih lagi belum dapat membaca. Umur ini ialah tempoh untuk anak-anak explore dunia dengan cara mereka sendiri iaitu dengan bermain.

Kerana apa yang paling penting, bukanlah dapat belajar membaca secepat mungkin, tapi bagaimana menjadikan membaca itu satu tabiat bagi anak.

Dalam artikel ini, info yang kami kongsikan berbentuk maklumat umum dan sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

Walaupun tajuk ini dilabelkan sebagai “langkah”, tapi ianya tak disusun mengikut turutan. Info yang ada hanya sekadar panduan dan petunjuk untuk anda ikut.

Hanya mulakan langkah-langkah dibawah apabila anak anda telah bersedia. Jangan paksa mereka.

Ini 10 langkah untuk belajar membaca bagi anak anda.

​​​​​​​​​​​​​

1. Bacakan Pada Anak Anda

kredit : www.readingrockets.org

Waktu terbaik untuk memulakan aktiviti membaca ialah sejak dari bayi lagi.

Caranya sangat mudah. Bacakan buku pada bayi dan anak anda.

Kalau anda perasan, orang-orang barat suka membaca “Bedtime Stories” pada anak mereka sebelum tidur. Kan?

Ini antara aktiviti yang dapat merangsang anak anda untuk turut serta dalam aktiviti membaca.

Dibawah ialah cadangan buku mengikut tahap umur untuk anda bacakan pada anak-anak anda.

  • Baru lahir – 1 tahun : Board Books (lihat contoh disini)
  • 1 tahun – 3 tahun : Buku yang ada lagu dan berirama, buku cerita pendek beserta gambar
  • 3 Tahun – 5 tahun : Buku ABC, AlifBaTa, Buku bergambar

[Baca juga: Tips Ajar Membaca Sebelum Usia 4 Tahun]

2. Rajin Bertanyakan Soalan

Sambil-sambil anda membacakan buku kepada anak anda, tanyakan soalan pada dia.

Aktiviti ini bukan sahaja membuatkan anak lebih berinteraksi dengan buku, malah ia akan membentuk kefahaman pada anak.

Tak naklah kalau anak sekadar membaca kosong tapi tak faham pun apa yang dibacanya kan?

Ini contoh praktikalnya :

Anda bacakan/ceritakan sebuah buku kucing pada anak berumur 1-3 tahun. Kemudian, anda pun bertanya. “Abang nampak kucing tak?”

Galakkan anak untuk menunjuk di mana kucing tersebut berada di dalam buku tersebut. Kemudian, boleh menambah : “Cuba abang bunyikan bunyi kucing macamana?”.

Semakin anak anda besar, lagi banyak soalan yang anda boleh tanyakan kerana fikiran anak juga sudah semakin tajam.

Teknik ini sangat membantu membentuk pemikiran dan kefahaman anak. Tiadalah semata-mata anak membaca kosong.

3. Jadi Contoh Kepada Anak Anda

Kredit : www.angelibebe.com

“Bapa borek anak rintik”

Pernah dengar kan peribahasa ini? Sama seperti yang dikiaskan dalam peribahasa ini, aktiviti membaca juga sama.

Cara yang terbaik untuk membentuk tabiat membaca dalam diri anak ialah dengan kita sebagai ibu bapa menjadikan ia satu tabiat terlebih dahulu.

Tak kisahlah anda membaca surat khabar, majalah, novel atau pun buku teks. Asalkan anda dulu tunjukkan contoh.

Cara ini membentuk fikiran anak yang aktiviti membaca ini juga perlu dilakukan bila dia meningkat dewasa.

Untuk lebih baik, bacalah bersama-sama dengan mereka.

 

4. Kaitkan Perkataan Dengan Objek

Membaca merupakan aktiviti yang agak berat bagi anak kecil.

Mereka perlu menggabungkan perkataan, bunyi, gambar dalam fikiran mereka semasa membaca.

Jadi, untuk memudahkan, anda boleh sediakan gambar tang berkait dengan perkataan tersebut.

Contohnya : Perkataan “kucing” dengan gambar “kucing”.

Lagi baik, sekiranya anda membawa anak anda ke persekitaran luar seperti di tasik, taman permainan atau pun hutan rekreasi.

Anak pun lebih seronok.

 

5. Gunakan Semua Deria Anak

Kanak-kanak dapat belajar dengan baik apabila ia melibatkan kesemua deria mereka.

Gunakan kesemua deria lihat, dengar, sentuh, rasa dan bau mereka.

Ini contoh aktiviti yang anda boleh buat:

  1. Ajarkan huruf alphabet pada anak seperti huruf S (deria lihat)
  2. Bunyikan huruf S (deria dengar)
  3. Menggunakan jari, tunjukkan bentuk huruf S padanya. (deria sentuh)
  4. Untuk lebih menarik, anda boleh beli polystrin dan ukir huruf S bersama-sama dengan anak. (deria lihat, sentuh, rasa dan bau)

 

6. Asingkan Genre Buku Anak Anda

susun buku ikut kategori
Kredit: www.readingrockets.org

Sebaik sahaja anak anda berumur 5-6 tahun ke atas dan dia boleh membezakan antara cerita realiti dan fantasi, asingkan buku mengikut kategori.

Antara kategori yang boleh anda asingkan ialah :

  • Fiksyen
  • Non-fiksyen
  • Sastera
  • Agama/Kisah-Kisah Nabi
  • Akademik
  • Lain-lain

Aktiviti ini akan membuatkan anak anda untuk mengingat semula buku yang telah dibaca mereka. 

Kemudian, mereka akan cuba untuk mengaitkan buku tadi dengan buku lain yang ada dalam kategori genre yang sama.

Ingat! Matlamat kita ialah kita mahukan anak menjadikan membaca satu tabiat yang sangat menyeronokkan.

Aktiviti mudah ini membantu anak untuk berfikir tanpa bergantung dengan kita.

 

7. Bina Koleksi Kosa Kata Dalam Minda Anak

Untuk membolehkan anak membaca dengan baik, anak memerlukan jumlah perkataan dan kosa kata yang mereka faham dan tahu dengan banyak.

Jadi, kenalkan pada anak anda perkataan baru SETIAP HARI. 

Gunakan persekitaran dan sekeliling anda sebaik mungkin.

Anda juga boleh mengenalkan perkataan yang sama maksud dan lawannya untuk menambah lagi perbendaharaan kata anak anda.

Contohnya : Kembali, Balik, Pulang

[Baca juga: Ajar Anak Dengan Cara Solat Dhuha Mudah Ini]

8. Kategorikan Perkataan Yang Sama Rima Dan Bunyi (Belajar Membaca Dengan Suku Kata)

Kaedah phonic antara kaedah yang paling mudah untuk anak anda ikut.

Salah satu cara untuk mengoptimasikan kaedah ini ialah dengan mengkelaskan perkataan atau suku kata yang sama rima dan bunyi.

Contoh : Mop, cop, pop

Contoh lain : Ba, Ca, Da

Anda boleh mencari pengajar kaedah phonic yang berdekatan dengan rumah anda untuk maklumat lebih lanjut.

Tonton video dibawah untuk penerangan mudah tentang kaedah fonik.

 

9. Bina Kefahaman Dan Kepetahan Membaca Anak Anda

Seperti tips sebelum ini, jadikan membaca sebagai aktiviti untuk anak lebih faham maksud setiap perkataan yang dibacanya.

Cara terbaik untuk anak faham dan lebih petah membaca ialah dengan mengulang-ngulang bahan bacaan yang sama sekerap mungkin.

Sambil membaca, anda juga boleh membuat ekspresi muka dan emosi untuk anak lebih mudah faham.

Ini juga melatih anak anda untuk terbiasa dengan jenis bunyi dan ejaan yang berbeza-beza.

 

10. Baca, Baca Dan Baca

Tiada kaedah dan teknik yang paling baik untuk menjadikan anak anda membaca melainkan anda sentiasa baca, baca dan baca.

Dalam rumah anda baca, di luar rumah anda baca, sambil bermain anda baca.

Kesimpulannya, tiada formula magik yang boleh menjadikan anak anda membaca dengan cepat.

Harus diingat, setiap anak belajar dengan tahap dan cara yang berbeza-beza. Jangan paksa dan terburu-buru!

Biarkan anak anda menjadi anak kecil.

Paling penting, nikmati dan enjoy bersama-sama anak anda dalam setiap aktiviti dan tahap umurnya.

 

Rujukan : icanteachmychild.com, readingrockets.org, wikihow.com


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *