10 Cara Mudah Menenangkan Bayi Menangis Untuk Ibu Bapa Baru


Bayi dan menangis memang tak dapat dipisahkan. Ini kerana mereka baru sahaja memasuki dunia dan alam baru, berbeza seperti di dalam kandungan.

Bagi ibu bapa pertama kali, perkara ini sangat memberi tekanan. Kita berasa sangat clueless, buntu kerana tidak memahami kenapa dan apa yang perlu dibuat untuk mententeramkan bayi.

Menangis adalah satu kaedah yang bayi gunakan untuk berkomunikasi dengan kita. Jadi, jangan risau, jom kita pelajari kenapa bayi menangis dan bagaimana cara menenangkan bayi yang boleh kita buat.

8 Sebab & Punca Kenapa Bayi Menangis Malam Ataupun Siang

1. Saya Lapar 

Ini antara sebab yang biasa apabila bayi menangis. Anda juga boleh melihat tanda-tanda bayi lapar seperti menghisap jari, menjelir-jelirkan lidah, atau cuba mengacah memasukkan jari ke mulut/bibir bayi anda

2. Saya Mengantuk Dan Nak Tidur 

gambar bayi mengantuk
Kredit : AdobeStock

Berbeza seperti orang dewasa, bayi tidak lagi mempunyai kebolehan untuk tidur sendiri. Menangis adalah cara untuk mereka beritahu yang mereka nak tidur dan mahu anda membelai mereka.

3. Saya Nak Sendawa

Pastikan setiap kali selepas anda memberikan bayi anda susu, anda sendawakan bayi. Ini kerana sistem tubuh badan bayi masih lagi tidak berfungsi dengan baik.

Sekiranya tidak disendawakan, bayi akan rasa tidak selesa dan menangis adalah cara mereka memberitahu anda.

[Baca juga5 Mitos Tentang Demam Bayi ]

4. Pampers Saya Sudah Penuh

Sesetengah bayi tidak selesa apabila pampers atau lampin mereka sudah penuh dengan air kencing atau tahi mereka. Jadi, tukar lampin mereka secepat mungkin

5. Saya Kembung Perut (Colic)

bayi menangis sakit perut
Kredit: AdobeStock

Bayi mudah mengalami kembung perut yang boleh berpunca daripada lekapan puting yang tak baik atau udara dari botol susu atau juga dari menangis yang ekstrem.

6. Terlalu Panas Atau Sejuk

Kita sebagai orang dewasa juga rasa tidak selesa apabila berada dalam cuaca atau keadaan yang terlalu panas atau sejuk, inikan pula bayi yang masih kecil. Jadi periksa suhu sekeliling bayi anda semasa dia menangis.

7. Saya Nak Ibu & Ayah

Ada juga sesetengah bayi yang menangis apabila dia mula rasa keseorangan dan kebosanan bila tiada ibu atau ayah berhampiran mereka. Jadi, dakap dan dukunglah anak anda.

8. Gigi Saya Nak Tumbuh 

bayi menangis tumbuh gigi
Kredit: AdobeStock

Kebanyakan bayi akan merasa sakit apabila gigi pertama mereka hendak tumbuh. Anda boleh memasukkan jari dan merasa gusi anak anda. Sekiranya terlalu keras, itu mungkin tanda-tanda yang bayi anda hendak tumbuh gigi.

9. Dikacau Jin Ataupun Makhlus Halus

Antara tanda-tandanya ialah apabila bayi menangis tanpa henti berjam-jam lamanya di sebelah malam hari. Tangisan bayi juga lain dari kebiasaan dan nampak seperti ketakutan.

[Baca juga : 5 Kesan Stress Pada Bayi Dalam Kandungan]

7 Cara Mudah & Efektif Menenangkan Bayi Yang Menangis

1. Bedung Bayi Anda

Semasa di dalam rahim, bayi anda sentiasa diselimuti dengan janin anda. Jadi, membedung bayi dapat memberikan keselesaan dan kehangatan seakan-akan seperti didalam kandungan.

Semasa bayi menangis atau mengamuk, kedua-dua kaki dan tangannya akan bergerak tanpa kawalan. Refleks ini dinamakan refleks moro.

Membedung dapat menghentikan refleks ini dan menjadikan bayi lebih tenang.

Pastikan anda membedung bayi dengan cara yang betul seperti dibawah. Selain itu juga, bayi mudah terkejut apabila tidak dibedung.

cara membedung bayi yang betul
Kredit: thebraggingmommy.com

2. Dukung, Hayunkan Perlahan-Lahan Sambil Bernyanyi

Letakkan bayi anda di lengan anda dan hayunkan perlahan-lahan sambil anda berzikir atau menyanyikan lagu yang menenangkan.

Aktiviti ini memberikan keselesaan pada bayi. Anda juga boleh memasang bunyi air mengalir untuk didengarkan pada bayi.

Bunyi air mengalir dikatakan sama seperti bunyi yang berada didalam rahim ibu.. Dibawah ialah video bunyian air mengalir berdurasi 3 jam yang boleh anda pasang.

3. Bunyikan Shushh Pada Telinga Bayi Anda

Rahim adalah satu alam yang sangat bising. Bunyi di dalam rahim dikatakan mencecah sehingga 70db bersamaan dengan byuni vakum pembersih hampagas rumah tu.

bunyikan shhh pada bayi
Kredit: Adobe Stock

Jadi, bila terlalu senyap, bayi akan mula resah dan menangis. Jadi, bunyi shhhhuhhh ini menghampiri bunyi bising seperti didalam rahim anda.

Rapatkan ke telinga dan buat bunyi shhh yer.

4. Pegang Bayi Dalam Keadaan Meniarap

Semasa di dalam kandungan, bayi berada dalam keadaan tidak tetap dan terapung-apung di dalam air. Jadi, mereka akan berbaring di sisi atau terlungkup dengan kakinya dan lututkan akan menekan perut.

Jadi, kita boleh applikasikan posisi ini semasa menenangkan bayi. Kaedah ini dijumpai Doktor Robert Hamilton, dan terbukti bayi boleh berhenti menangis kurang dari 10 saat. Kaedah ini hanya sesuai untuk bayi berumur 3 bulan dan ke bawah.

Untuk lebih mudah faham, tonton video dibawah.

5. Bagi Bayi Menghisap Sesuatu

Bayi menghisap jari atau sesuatu untuk menenangkan dirinya. Anda boleh menggunakan puting bagi menenangkan bayi anda.

Sebaiknya gunakan puting anti-jongang (orthodontic) yang boleh didapati di pasaraya besar dan butik-butik bayi berhampiran anda.

puting anti jongang
Puting Anti-Jongan | Kredit : likecinderella.blogspot.com

[Baca juga9 Sebab Bayi Susah Tidur & Selalu Terjaga Malam]

6. Mengurut Bayi Dengan Lembut

Sekiranya bayi anda mengalami kembung perut, anda boleh mengurut dengan lembut bayi anda. Terdapat pelbagai teknik mengurut yang boleh anda dapati di youtube. Hanya buat carian “How To Massage A Baby)

Dengan mengurut, bayi rasa lebih selesa dan dapat mengeluarkan angin sekiranya kembung. Dibawah salah satu contoh teknik mengurut yang boleh anda jumpa di youtube.

7. Dukung Dan Peluk Bayi Anda

Bayi boleh tenang apabila kita memeluk mereka. Ini kerana haba dan kasih sayang yang menyelubungi bayi membuatkan mereka rasa lebih selamat dan dilindungi.

Cara Menenangkan Bayi Menangis Dalam Islam Dengan Doa Bayi Menangis Malam

bayi menangis malam
Kredit: AdobeStock

Antara ibadah yang sentiasa digalakkan bagi orang Islam ialah berdoa. Berdoalah dalam apa jua keadaan termasuklah ketika bayi menangis.

Kadang-kadang, kita merasakan bayi menangis tanpa sebab. Baru sahaja diberikan susu, pampers baru tukar, dan tiada kembung perut, tapi bayi masih lagi menangis tanpa henti.

Boleh jadi, ianya berpunca dari gangguan makhluk halus yang tidak kita nampak.

Antara cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan membacakan doa yang disarankan ulama’-ulama’ terdahulu.

Doa ini diambil dari kitab Al-Adzkar karya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyqi atau lebih popular dengan panggilan Imam Nawawi.

 بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bacaan dalam rumi : Bismillâhilladzî lâ yadlurru ma’a ismihi syaiun fil ardli wa lâ fis samâ`i wa huwas sami’ul ‘alim (dibaca tiga kali)

Maksudnya : “Dengan menyebut nama Allah, yang tidak akan memberikan bahaya apapun yang ada di bumi dan langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bayi menangis memang boleh buatkan kita rasa stress dan tertekan. Jadi, kawal minda dan emosi anda semasa bayi menangis. Ibu yang stress juga boleh menjadi punca bayi menangis dan stress.

Selain itu juga, belajar untuk mengenal pasti jenis-jenis tangisan bayi anda. Tangisan bayi berbeza mengikut masalah mereka.

Biasanya selepas 3-4 minggu selepas bersalin, anda akan mula mendapat rentak dengan karenah dan tangisan bayi anda.

Sumber : MomJunction.com, HelpGuide.org, Majalah Pa&Ma, DutaIslam.com


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *