Anemia Dan HB Rendah. Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil

anemia dan hb rendah

Satu soalan yang kerap ditanya apabila ibu-ibu hamil berkumpul dan bersembang antara mereka. Berapa bacaan HB yang terkini? Kaum suami mesti terpinga-pinga tak memahami.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 50% ibu mengandung mengalami anemia dan sebilangan dari mereka mengalami anemia tahap kritikal. Jadi, apa kaitannya antara anemia dan bacaan hb? Teruskan membaca.

Apa Itu Anemia, HB Rendah & Kurang Darah Merah?

Sebelum mengenali tentang anemia, mari kita kenali apa itu hemoglobin ataupun ringkasnya HB.

Hemoglobin ialah molekul protein yang berada di dalam sel darah merah dan berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan anda.

Manakala, anemia pula ialah keadaan yang terjadi apabila darah dalam badan manusia kekurangan hemoglobin dari paras yang normal. Kerana itu, ia juga dipanggil HB rendah dan kurang darah merah.

Berapakah Bacaan HB Normal Untuk Ibu Hamil?

Bagi wanita normal yang tidak hamil, bacaan hemoglobin yang ideal ialah 12.0 gd/l  ke atas. Tetapi, bagi ibu yang mengandung pula, doktor menyarankan untuk mengekalkan bacaan 11.0 gd/l ke atas. Bacaan ini amat baik buat kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Punca Dan Simptom Berlakunya Anemia Dan Darah Rendah

Anemia atau darah rendah ini boleh berlaku dengan 3 cara.

  1. Berlakunya luka dan pertumpahan darah yang banyak (bersalin atau pembedahan)
  2. Kekurangan penghasilan sel darah merah dalam badan kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan (ini yang selalu berlaku pada ibu yang hamil)
  3. Berlaku kemusnahan sel darah merah dalam badan. (thalasemia, anemia sickle cell atau toksik yang terhasil dari penyakit buah pinggang)

Antara simptom-simptom kurangnya darah merah dalam badan ialah:

  • Cepat penat dan keletihan
  • Senang berlakunya kekejangan otot
  • Kulit anda nampak pucat
  • Jantung berdegup kencang
  • Kurang nafas dan cepat mengah

Bahaya Dan Kesan Buruk Anemia Pada Ibu Mengandung

Sekiranya anda mengambil mudah dan tidak bertindak untuk menaikkan bacaan HB rendah anda semasa hamil, anda berisiko tinggi untuk mengalami:

  • Bayi kelemasan kerana kurang oksigen lalu keguguran
  • Bayi tidak dapat mebesar dengan baik semasa dalam janin
  • Ibu mungkin mati semasa proses bersalin
  • Ibu terpaksa menerima darah (blood transfusion) dari sumber lain semasa proses bersalin (SANGAT BERISIKO TINGGI)
  • Bayi terpaksa dilahirkan awal dan tidak cukup berat badan (bayi pramatang)
  • Akibat dari bayi pramatang ialah, bayi berisiko untuk mengalami demam kuning yang lama
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan serius di bahagian tulang ke belakang (spina bifida) dan bahagian otak (salah satunya ialah sindrom down)
  • Meroyan selepas bersalin

 

Cara Menaikan HB Pada Ibu Hamil

Secara asanya, anda perlu memahami apakah nutrisi yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah dalam badan kita.

Terdapat 4 nutrisi yang mana tidak boleh tiada salah satu darinya. 4 nutrisi tersebut ialah,

[su_note note_color=”#fff7d4″]Zat Besi (Iron) + Asid Folik + Vitamin C dan Vitamin B12[/su_note]

  • Zat Besi – membantu dalam penghasilan hemoglobin
  • Asid Folik – sejenis vitamin yang menghasilkan sel
  • Vitamin B12 – membantu membentuk sel darah merah yang sihat
  • Vitamin C – membantu penyerapan zat besi dalam badan

Disebabkan itu, ada sesetengah ibu hamil yang mengamalkan jus kurma atau jus delima sebagai contoh, tetapi masih lagi tidak berjaya menaikkan HB. Ini kerana, kurma tidak mempunyai langsung vitamin B12.

[su_note note_color=”#fbb4d5″] Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Naikkan HB Dalam 2 Minggu (Percuma). Klik[thrive_2step id=’27199′] SINI.[/thrive_2step] [/su_note]

3 Cara Mudah Naikkan HB & Tambah Darah

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menaikkan bacaan hemoglobin dan kesemua cara tersebut melibatkan pemakanan dan diet seharian anda. Tiada suntikan yang diperlukan. Antara yang wajib anda masukkan dalam diet anda ialah sayur-sayuran dan buah-buahan penambah darah.

i. Makan Makanan Yang Membantu Untuk Menaikkan Hemoglobin Dalam Darah

Untuk senarai penuh makanan yang dapat membantu menambahkan darah ibu mengandung, boleh dibaca disini: 11 Makanan Tambah Darah Super Pantas Untuk Ibu Hamil

 

ii. Makan Ubat, Pil dan Vitamin Tambah Darah Yang Diberikan Doktor

ubat dan vitamin tambah darah

Ini antara ubat, suplemen dan vitamin selalunya diberikan doktor kepada ibu hamil dengan tujuan untuk menambah darah.

  • Ubat Iron KK (Ferrous Fumarata BP) – Diberi percuma di klinik kesihatan untuk naikkan zat besi.
  • Iberet Folic – Alternatif apabila ubat iron tidak berkesan dan mempunyai anemia kekurangan ferum. Boleh dibeli disini.
  • Saferon – Tablet yang boleh dikunyah dan ditelan. Diberikan sekiranya ibu tidak serasi dengan iberet folic.
  • Obiminz Pluz – Mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Boleh dibeli disini.

Ubat-ubat yang diberikan pihak klinik ini, biasanya memang tak kena dengan tekak mak-mak “buyung”. Kebanyakkannya akan loya dan muntah-muntah selepas makan pil-pil ini.

Selain itu, ia juga memberi kesan sampingan seperti sembelit dan susah untuk membuang air besar. Antara tandanya najis bewarna hitam gelap. Sebaiknya anda minta nasihat doktor sekiranya tidak selesa untuk terus mengamalkan tablet-tablet ini.

 

iii. Amalkan Suplemen Ibu Mengandung Seperti Prenatal La Mamma

Prenatal La Mamma ialah suplemen dan makanan tambahan yang mengandungi 9 jenis prenatal la mammabahan makanan yang terbaik untuk ibu hamil. 9 bahan ini membekalkan nutrisi-nutrisi lengkap yang setiap ibu mengandung perlukan.

Rasanya yang masam-masam manis, sangat sesuai dan mudah untuk ditelan ibu hamil. Selain itu juga, suplemen ini dihasilkan dalam bentuk cecair bagi memudahkan proses penyerapan nutrisi sekaligus meningkatkan bacaan HB ibu hamil dalam kadar segera dan cepat.

Ada antara pengguna yang mendapat kesan sepantas 2 minggu, dari 9.8gd/l ke 11.0 gd/l bacaan HBnya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik disini: Prenatal La Mamma

 

Senarai Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi Dan Penghasilan Darah Merah

Sebenarnya, ada beberapa jenis makanan yang ibu hamil tidak boleh makan dalam tempoh yang dekat dengan makanan-makanan yang menaikkan HB. Ini ialah senarainya:

  • Minuman & Makanan Berkafein & Berkarbonat

Lupakan sementara minuman seperti teh, kopi, nescafe, wonda coffee dan coca cola semasa anda sedang hamil. Minuman ini menghalang penyerapan zat besi sekaligus merendahkan kuantiti darah merah yang sihat.

  • Produk Tenusu Yang Kaya Kalsium

Ya. Produk tenusu seperti susu, keju, dan soya juga perlu dijarakkan. Bukan dielakkan. Ini kerana, kalsium yang ada dalam produk tenusu masih diperlukan bagi pembentukan tulang bayi dalam kandungan. Sebaiknya, jarakkan antara 3-4 jam pengambilan susu dengan makanan yang meningkatkan darah.

Tips: Cuba elakkan produk tenusu sehari sebelum pemeriksaan kesihatan anda dengan doktor.

[su_note note_color=”#fbb4d5″] Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Naikkan HB Dalam 2 Minggu (Percuma). Klik[thrive_2step id=’27199′] SINI.[/thrive_2step] [/su_note]

 

Penting Buat Anda!

Kesimpulannya, pastikan anda sentiasa memastikan bacaan hemoglobin anda berada dalam tahap yang disarankan doktor.

Sekiranya terlalu rendah, ia bukan sahaja memberi kesan negatif pada diri seperti mudah pitam, pening kepala malah turut mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa bayi di dalam kandungan.

Ada kajian yang membuktikan, kekurangan darah merah boleh mengganggu perkembangan otak bayi di dalam janin. Justeru itu, pastikan anda menjaga pemakanan dan diet anda demi kesihatan bayi.

 


1 thought on “Anemia Dan HB Rendah. Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *