Cara Membuat Air Selusuh Untuk Mudahkan Bersalin


Sekiranya anda sudah semakin hampir nak bersalin, pasti ada dapat tips dari ibu atau orang lain yang menyuruh untuk suami buatkan air selusuh.

Boleh bantu mudahkan bersalin nanti kata mereka.

Tapi betulkah ianya memudahkan? Jom baca kupasan lanjut berkenaan air selusuh dibawah

 

Apa Itu Air Selusuh Dan Hukumnya Dalam Islam

Air selusuh ialah air yang dibacakan ayat-ayat suci AlQuran dan diberikan pada ibu hamil dengan tujuan untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Ada juga yang merendamkan akar Fatimah yang boleh dibeli di Mekah ke dalam air tersebut.

Biasanya air selusuh diberi kepada ibu hamil bermula sebaik sahaja kontraksi mula berlaku. Tapi ada juga yang sudah mula minum seawal 30 minggu kehamilan dan ke atas.

Biasanya air zam zam digunakan untuk membuat air selusuh ini. Tetapi ada juga yang menggunakan minyak seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun.

Dari segi hukum Islam, ianya adalah HARUS selagi mana ia tidak melibatkan jampi serapah yang jelas keluar dari landasan syariat.

Tonton video lanjut tentang hukum air selusuh dibawah.

Satu lagi perkara yang perlu untuk diingatkan ialah jaga aqidah kita. Yang membuatkan bersalin jadi mudah, bukanlah air selusuh tetapi Allah SWT. Air selusuh hanyalah asbab sahaja.

 

Benarkan Air Selusuh Untuk Mudah Bersalin?

Tiada bukti dan kajian sains yang dilakukan untuk membuktikan air selusuh dapat membantu memudahkan bersalin.

Ia hanyalah ikhtiar kita dengan bersandarkan pada ALLAH SWT. Sebab tu ia menggunakan ayat-ayat quran sebagai asbab.

Yang merisaukan ialah apabila mengamalkan air selusuh yang direndam dengan bahan seperti akar fatimah,akar kayu dan lain-lain herba.

Akar Fatimah Yang Direndam
Kredit: nurmimy.blogspot.my – Akar Fatimah Yang Direndam

Ini kerana, menurut Dr. Muhammad Izzat, Pakar Obstetrik & Ginekologi, selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal

Ada yang berpendapat air selusuh yang terbaik ialah air selusuh buatan suami sendiri dan diminum semasa dalam bilik bersalin.

Anda boleh amalkan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

 

Cara Buat Air Selusuh Versi Ustaz Don

Ini cara buat air selusuh yang saya sendiri amalkan. Kaedah ini dikongsikan Ustaz Don yang beliau buat untuk isterinya sebelum bersalin

1. Ambil sebotol air zam-zam

2. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak sekali.

Surah AlFatihah

3. Bacakan Surah Al-Hasyr Ayat 21

لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

4. Bacakan Selawat Syifa’

Selawat Syifa

5. Bacakan doa dibawah

“Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat”

” Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan RahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”.

6. Kemudian, tiupkan pada air

7. Boleh digunakan untuk sapukan air tadi pada perut ibu dan bacakan selawat sebanyak 7 kali

8. Minum air selusuh ini apabila kontraksi sudah mula dirasai

 

Air Selusuh Di Pasaran

Dengan kemudahan dan kemajuan yang ada, kini anda juga boleh beli terus air selusuh yang sudah yang sudah siap di pasaran.

Antara air selusuh yang ada ialah

Harus diingat, ini hanyalah ikhtiar dan bukanlah air selusuh ini yang membuatkan proses bersalin menjadi mudah. Apa sekalipun, amalkan doa mudah bersalin , bertawakallah pada Allah dan berusaha sebaik mungkin dan buat tips-tips mudahkan bersalin.

Tak guna sekiranya kita minum berbotol-botol air selusuh, tapi kita sendiri tak mencari ilmu dan mengamalkan ilmu penting dalam memastikan proses bersalin lebih mudah.

Proses bersalin ni mengajar bakal ibu dan ayah supaya banyak bersabar. TIADA benda yang boleh cepatkan proses ini, tanpa izin Allah.

 

Rujukan : IbuZarith.com, PermataCintaku.com, Dr. Muhammad Izzat 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *