Pertama sekali, ingin diperjelaskan bahawa apabila merujuk kepada pandangan ulama, tidak ada dalam syariat yang jelas menunjukkan terdapat doa untuk ibu hamil atau surah tertentu agar kandungannya menjadi anak yang bijak, cantik, atau tampan. Ini kerana pada umumnya ingin ditekankan bahawa Al-Quran secara keseluruhannya adalah baik, berkat, dan penuh dengan pengajaran.

Namun demikian, tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang wanita yang hamil untuk menyibukkan diri dengan membaca Al-Quran atau mendengarkannya. Bahkan melalui penelitian saintifik, telah dibuktikan bahawa terdapat irama atau suara dari luar yang mampu  mempengaruhi janin. Apabila suara yang didengar adalah suara orang yang membaca Al-Quran, diharapkan keberkatan dan kebaikannya akan memberi manfaat terhadap ibu dan kandungan tersebut, dengan izin Allah.

Oleh itu, berikut adalah beberapa ayat yang baik daripada Al-Quran untuk direfleksikan semasa sedang hamil. Selain mudah dihafal, ia juga adalah supaya mereka berasa lebih dekat dengan Allah dan sekaligus sentiasa memohon perlindungan kepada-Nya.

 

Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Naikkan HB Dalam 2 Minggu (Percuma). Klik SINI.

Senarai Doa Untuk Ibu Hamil Yang Mudah Dihafal. Amalkan Selalu!

1. Surah Al-Imran Ayat 38

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

 

2. Surah Ibrahim Ayat 40

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

 

3. Surah Al-Furqan Ayat 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

 

4. Surah As-Saffaat Ayat 100

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

 

5. Surah Al-Imran Ayat 173

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: “…Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.

 

6. Surah Al-Anfal Ayat 40

فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Maksudnya: “…Maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.”

doa untuk ibu hamil

Terus Istiqamah Dalam Membaca Al-Quran

Beberapa ayat Al-Quran berikut boleh diamalkan atau difahamkan ayatnya semoga kita dapat menjadi lebih dekat dengan Allah, terutamanya ketika mengandung. Apa pun, surah-surah dan ayat berikut tidak seharusnya terhenti setakat ketika hamil saja, tetapi pembacaan Al-Quran secara keseluruhannya diharap berterusan hingga menjadi tabiat harian.