Sungguhpun kebanyakan wanita biasanya akan melalui tanda-tanda kelahiran yang jelas, sebaiknya anda sudah mempersiapkan barangan keperluan bersalin di dalam sebuah beg khas seawal 1 bulan sebelum tarikh ‘due date’. Letakkan terus beg ini di dalam kereta supaya mudah dibawa bersama pada bila-bila masa.

Ia bukan saja akan memudahkan urusan anda dan pihak hospital, tetapi ia turut memudahkan suami agar tidak perlu berulang-alik untuk mengambil barang yang tertinggal.

Mari kita semak senarai barang keperluan bersalin yang patut anda sediakan.

Senarai Barang Keperluan Bersalin Yang Perlu Disediakan

Barang keperluan bersalin boleh dibahagikan kepada 2 iaitu barang keperluan ibu dan juga bayi.

Untuk Ibu

Berikut adalah barang keperluan untuk ibu yang perlu dibawa ke hospital bersalin.

Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Naikkan HB Dalam 2 Minggu (Percuma). Klik SINI.
  • Buku Laporan Kehamilan (Paling penting)
  • Guarantee Letter (GL) untuk penjawat awam/isteri
  • Sepasang baju
  • Sehelai kain batik
  • Sehelai tuala
  • Barang mandi (sabun, syampu, sikat, deodoran, dsb)
  • Bra menyusu
  • Nursing pad
  • Sehelai tudung
  • Maternity pad
  • Sehelai baju tebal / sweater
  • Stokin
  • Getah rambut
  • Handphone / charger
  • Air mineral
  • Snek pemberi tenaga (kurma, energy bar, biskut)
  • Beg plastik (untuk baju kotor, dsb)

Untuk Bayi

Berikut adalah barang keperluan yang perlu disiapkan bagi keperluan bayi yang bakal dilahirkan.

  • Pakaian bayi (lengan pendek dan panjang)
  • Boots & mittens
  • Kain lampin / lap
  • Bedung
  • Barut
  • 5 keping lampin pakai buang (diaper)
  • Tuala bayi
  • Barangan mandi bayi
  • Tisu basah

Barangan Tambahan (Optional)

Selain barang-barang asas di atas, anda juga boleh membawa beberapa barang yang dapat membantu memberi lebih keselesaan semasa di dalam wad nanti.

  • Earphone
  • Minyak aromaterapi
  • Buku / majalah / buku doa
  • Bantal / selimut
  • Botol susu
  • Pam susu
  • Kamera
barang keperluan bersalin

Foto Kredit: ok.ru

Sediakan Awal-awal, Baru Senang

Seeloknya, rancang dengan rapi hospital yang ingin anda pergi untuk bersalin. Kebanyakan hospital – tidak kiralah sama ada hospital kerajaan mahupun swasta; mempunyai prosedur tersendiri untuk menerima pesakit dan menyambut kelahiran.

Dengan adanya senarai ini, bolehlah anda menyediakan barang keperluan bersalin selengkapnya. Mudah-mudahan urusan anda akan dipermudahkan.

Selamat menempuh alam keibubapaan!