Kerap marah2 selepas bersalin.

Banyak faktor yang mempengaruhi perubahan sikap ibu. Tetapi tak ramai yang faham apa yang ibu-ibu ini alami.

Sikap suka marah-marah ini bukan semata-mata disebabkan meroyan. Sebab tu kalau yang jumpa saya nak buat rawatan meroyan, saya akan dengar dulu apa permasalahan mereka sebelum saya decide si ibu ni berubah sikap disebabkan stress atau meroyan.

Faktor Membuatkan Ibu Berubah Sikap Selepas Bersalin

Antara beberapa faktor yang membuatkn ibu berubah sikap selepas bersalin

1. Penat

– Menjadi ibu sama ada bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa ; kedua-duanya sangat memenatkan (suri rumah lagi penat bhai). Perubahan rutin harian yang drastik membuatkan ibu tidak mudah tersenyum. So bapa-bapa, ringan-ringankan lah tulang untuk melihat isterimu tersenyum semula.

ibu penat

2. Tekanan orang sekeliling.

– Banyak sangat campur tangan orang sekeliling tentang bagaimana nak uruskan rumahtangga dan anak yang baru lahir. Benda yang sesimple “puting tiruan” juga boleh menyebabkan ibu stress ok. So bg saya berilah peluang si ibu belajar sendiri cara nak adapt dengan kehidupan baru mereka. Biar mereka belajar dari kesilapan mereka sendiri. Tiada ibu yang suka-suka nak sakitkan anak mereka kan.

tekanan orang sekeliling

[Baca Juga: 7 Sebab Anak Susah Makan. Risau Berat Tak Naik-Naik]

3. Kurang tidur.
– Perempuan selepas bersalin ni biarlah kurang makan. Tapi kalau tidur yang diganggu memang tiada maaf. Bayangkan, setiap malam selama 2 tahun mereka akan menjadi zombie yang tidur-tidur ayam. Nak menyusu anak setiap sejam dan juga yang terpaksa bersengkang mata nak jaga anak masa anak demam. Itulah pengorbanan ibu.

ibu kurang tidur

4. Kurang bantuan

– Suami tidak membantu dalam kerja rumah. Dah lah tak membantu. Siap tolong sepahkan rumah lagi. Setakat spender sehelai tu, basuhlah sendiri. Kalau tak mampu membantu, sediakan maid utk isteri ya.

ibu kurang bantuan

5. Anak jenis meragam

– Benda ni mana2 ibu pun akan naik hantu. Dapat anak suka menjerit, suka menangis, suka merajuk, suka memerap. Dalam dok mengucap dan mandi air sembahyang, kadang2 terlepas juga perangai singa si ibu. Biasalah tu. Mak mana tak marah anak.

anak meragam

Tetapi.

Ada tetapinya.

Jika semua faktor-faktor di atas sudah berlalu. Hidup sudah mula kembali normal. Anak dah boleh berdikari tak mengempeng. Tetapi si ibu masih tak mampu kawal kemarahan. Dan sifat bengis semakin menjadi-jadi ketika kedatangan haid disebabkan hormon, ini menunjukkan simptom meroyan.

Yes

Meroyan bukan wujud masa dalam pantang.

Ia adalah penyakit yang berlarutan. Selama mana si ibu memerlukan hormon di dalam hidupnya.

Maksudnya meroyan boleh berlarutan sehingga tempoh monapous. Dan jika tidak dirawat, ia mampu mengubah siapa diri anda sepenuhnya sehingga akhir hayat.

Ibu yang sihat.
Adalah ibu yang sikapnya masih sama ketika sebelum dia mengandung dulu.

Dengan amalan herba dan aturan berpantang yang rapi, yang berubah hanyalah fizikal. Bukan sikap si ibu.

 

Perkongsian Asal Dari FB Puan Siti Aisyah