“Sejak kandungan dah makin besar ni, pening kepala pun dah makin kerap. Kenapa jadi begini? Takkanlah hari-hari nak telan Panadol? Ada tak cara menghilangkan sakit kepala ibu hamil yang guna bahan semulajadi?”

Perubahan hormon ketika mengandung boleh menimbulkan pelbagai ketidakselesaan kepada ibu hamil pada awal kehamilan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan ibu hamil sering mengalami sakit kepala atau pening sehinggalah lewat usia kandungan.

Berikut adalah cara menghilangkan sakit kepala ibu hamil yang efektif untuk dicuba. Mudah-mudahan ibu hamil akan berasa lebih selesa selepas mengamalkannya.

9 Cara Menghilangkan Sakit Kepala Ibu Hamil. Berkesan & Selamat!

Selain mengambil ubat penahan sakit dalam dos yang dibenarkan, ini 7 cara menghilangkan sakit kepala ibu hamil dengan teknik semulajadi.

1. Elak Stres

Salah satu punca terjadinya sakit kepala adalah stres dan keletihan. Oleh itu, pastikan anda menyusun rutin setiap hari dan mengehadkan bekerja sehingga melebihi masa.

Jika perlu, ambillah cuti dan jangan terlalu memikirkan tentang kerja di pejabat atau di rumah apabila anda tidak berasa sihat. Dapatkan bantuan pasangan untuk sama-sama berbagi tugas sepanjang kehamilan.

 

2. Hirup Udara Segar

Walaupun mungkin semasa hamil anda berasa ingin berehat dan bermalasan sepanjang masa, jangan biarkan keadaan ini berterusan kerana ia juga boleh menyebabkan anda berasa pening kepala.

Oleh itu, seimbangkan aktiviti fizikal dengan menghirup udara segar sambil berjalan-jalan di taman, melakukan senaman ringan, dan bermain dengan anak.

Foto Kredit: nytimes.com

3. Kecilkan Saiz Hidangan

Apabila saiz hidangan terlalu besar, kadar gula dalam darah akan melonjak lalu memicu sakit kepala. Maka, cara menghilangkan sakit kepala ibu hamil yang sering dipesan oleh doktor adalah dengan mengecilkan saiz hidangan, tetapi menambah kekerapan.

Ini bermakna, anda boleh menukar pola makan 3 kali sehari kepada 5 kali sehari dengan syarat saiz hidangan / kalori makanan tersebut adalah lebih kecil.

cara hilangkan sakit kepala ibu hamil

Foto Kredit: luispaschoal.com.br

4. Minum Banyak Air Kosong

Minum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi, sekaligus mengembalikan tenaga kepada tubuh.

Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa lapar dan mencegah ibu hamil daripada terlebih makan.

5. Tuaman

Anda boleh menggunakan kompres atau tuaman panas atau sejuk untuk mengurangkan rasa sakit kepala.

Terapkan tuaman panas pada bahagian wajah, mata dan kening manakala tuaman ais boleh dilakukan di bahagian belakang leher. Cubalah yang mana-mana satu yang dapat membuatkan anda berasa lebih selesa.

Foto Kredit: webmd.com

6. Mesti Cukup Tidur

Ibu hamil biasanya mempunyai masalah untuk tidur malam akibat selalu terjaga untuk buang air kecil atau kerana tidak mendapatkan posisi tidur yang baik.

Oleh itu, usahakan mencari bantal yang sesuai dan cuba kurangkan minum air sebelum masuk tidur. Kurangkan pengambilan kafein dalam kopi atau soda sebelum masuk tidur kerana ia boleh meningkatkan penghasilan air kencing.

7. Elak Kafein

Sesetengah ibu hamil akan mengalami kurang toleransi terhadap kafein sepanjang tempoh mengandung. Oleh itu, cuba perhatikan sama ada kafein menjadi pencetus sakit kepala anda yang kerap berlaku. Jika begitu, cuba kurangkan pengambilannya atau campurkan lebih susu supaya kopi anda lebih ‘mild’.

Selain itu, anda boleh mengurangkan kekerapan pengambilan kopi dan menukarnya kepada teh yang lebih menyegarkan seperti teh pudina atau teh halia.

Foto Kredit: newkidshealth.com

8. Urutan

Urut lembut bahagian kepala dengan hujung jari agar dapat melancarkan peredaran darah di kepala dan mengurangkan rasa sakit kepala.

Tak semestinya pergi spa untuk urutan, lebih baik kalau suami anda dapat membantu mengurut. Belaian dan urutan dapat mengeratkan hubungan dan mengurangkan stres ibu hamil!

9. Minyak Aromaterapi

Penggunaan minyak aromaterapi, seperti lavender atau pudina dipercayai dapat membantu masalah sakit kepala.

Titiskan sedikit pada sapu tangan supaya anda boleh menghirup aromanya atau oleskan pada kedua-dua kening untuk mengurangkan sakit kepala.

Foto Kredit: naturalmagnetism.com

Jika Berlarutan, Dapatkan Nasihat Doktor

Tak salah jika anda memakan ubat jika sakit kepala masih berlanjutan, namun pastikan ubat tersebut diambil dalam dos yang betul dan kekerapannya tidak keterlaluan.

Sekiranya sakit kepala ini semakin serius hingga mengganggu aktiviti harian anda, dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.