Darah tinggi semasa hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas. Semasa hamil, berlakunya proses perkembangan uri (plasenta), di mana terdapat banyak saluran darah di dalam uri. Apabila salur darah dalam uri tidak berkembang seperti yang sepatutnya ia boleh mengganggu pengaliran darah hingga menyebabkan tekanan darah tinggi.

Berapakah Tekanan Darah Tinggi Normal?

Tekanan darah yang normal adalah antara 140 ke 90, manakala bagi ibu mengandung tekanan darah yang normal adalah antara 110 ke 70.

Jika melebihi 110, ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun, ia turut bergantung kepada analisis oleh doktor yang akan turut mengambil kira pelbagai faktor lain.

Ole sebab itu, penting bagi wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka, jelas Dr. S.Silvam, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya menerusi sebuah artikel.

Jenis Darah Tinggi Ketika Hamil

Darah tinggi ketika hamil boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya hipertensi gestasional, hipertensi kronik, hipertensi kronik dengan pre-eklampsia.

Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Naikkan HB Dalam 2 Minggu (Percuma). Klik SINI.

Gejala darah tinggi jenis gestasional adalah yang paling umum berlaku dan muncul setelah 20 minggu kehamilan. Ia disertai dengan simptom seperti rasa dengan nyeri di beberapa bahagian tubuh. Selain itu, ia dapat dinilai melalui ujian air kencing, di mana tiadanya protein berlebihan dalam urin. Jika tidak dapat dikawal, pesakit mungkin mengalami pre-eklampsia pada minggu-minggu berikutnya.

5 Petua Turunkan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan seperti biasa dengan pengawasan rapi.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan adalah:

1. Mematuhi Tarikh Temujanji / Pemeriksaan

Paling penting, ibu hamil perlu mematuhi tarikh temujanji untuk memastikan pemeriksaan dapat dijalankan sekerap mungkin.

Sekiranya berlaku perubahan mendadak pada tekanan darah, maka pihak hospital dapat mempreskripsikan ubat dan rawatan yang sepatutnya berdasarkan tempoh kehamilan.

2. Mengamalkan Diet Sihat

Menurut sumber, darah tinggi semasa hamil tidak sama jenisnya dengan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Maka, sesetengah pakar berpendapat ia tidak berkait secara langsung dengan pemakanan bergaram.

Walaupun begitu, seeloknya ibu hamil perlu mengekalkan diet yang sihat sepanjang kehamilan untuk meminimakan sebarang risiko darah tinggi semasa hamil.

3. Kekal Aktif

Antara faktor yang menjadikan seseorang lebih cenderung mengalami darah tinggi semasa hamil adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang kurang aktif, dan umur melebihi 40 tahun.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengamalkan senaman ringan dan mengekalkan gaya hidup aktif. Tak perlu pergi gym, berjalan-jalan di taman pun dapat memberi kesan yang baik. Namun, berbincang dengan doktor sekiranya anda selalu melakukan rejim senaman yang berat.

4. Elak Stres

Salah satu faktor pemicu terjadinya peningkatan tekanan darah adalah kerana terlampau stres. Dalam keadaan terlalu letih, risau, atau stres, sistem peredaran darah boleh terjejas hingga berlakunya peningkatan tekanan darah.

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan jangan teragak-agak mendapat bantuan apabila perlu.

5. Minum Air Secukupnya

Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak.

darah tinggi semasa hamil

Foto Kredit: captainmums.com

Patuhi Jadual Ubat-ubatan Yang Disarankan Oleh Doktor

Sekiranya anda dipreskripsikan dengan ubat, pastikan semua ubat-ubatan dimakan mengikut jadual. Jangan risau, semua ubat ini adalah selamat dan diberikan mengikut dos yang sesuai.

Perlu diingat bahawa tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti kelahiran bayi pramatang, keluruhan plasenta, atau bayi IUGR (terbantut tumbesarannya). Maka, sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat.

Di samping itu, ibu yang mempunyai darah tinggi semasa hamil adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan bukannya bersalin sendiri di rumah atau ‘gentle birth’ yang dipantau oleh bidan. Sebaliknya, pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.