Masalah bayi hidung tersumbat adalah lumrah biasa yang merisaukan ibu bapa. Bayi akan berasa tidak selesa kerana hidung mereka tersumbat akibat lendir yang terkumpul. Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada mereka terutamanya pada waktu malam kerana pada kebiasaan, mereka akan meragam serta sukar untuk tidur.

Antara perkara asas yang boleh ibu bapa lakukan di rumah untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi hidung tersumbat termasuklah :

 

1. Gunakan tuala untuk melapik kepala tilam tempat bayi tidur
Elakkan dari menggunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda. Ini boleh menyebabkan bayi anda mati lemas.

2. Picit hidung dengan lembut
Anda boleh memicit dengan lembut hidung bayi anda. Dan bersihkan lendir menggunakan cotton bud yang telah dibasahkan. Buat sekerap mungkin agar bayi boleh bernafas dengan selesa.

3. Gunakan nasal aspiratorbayi hidung tersumbat

Dapatkan nasal aspirator di farmasi berhampiran. Sterilkan bahagian hujungnya terlebih dahulu untuk pastikan ia benar-benar bersih. Masukkan ia ke dalam lubang hidung bayi anda dan sedut lendir dengan perlahan.

4. Mandikan dengan air suam
Mandikan bayi menggunakan air suam. Biarkan bayi anda duduk dalam keadaan berwap di bilik mandi. Wap air panas biasanya membantu dalam mengurangkan lendir hidung.

5. Biarkan bayi hidu wap dari minyak telonbayi hidung tersumbatAnda juga boleh letakkan sebesen air panas dan beberapa titik minyak telon. Letakkan ia berdekatan kepala bayi agar mudah dia menghidu wangian wap dari campuran air panas tadi. Sedikit sebanyak, ia membantu melegakan bayi hidung tersumbat. Letakkan besen di tempat yang selamat kerana dikhuatiri air panas dari besen tadi tertumpah ke atas bayi anda. Utamakan keselamatan ahli keluarga anda.

6. Sapu balsam

bayi hidung tersumbat
Cara lain untuk merawat bayi hidung tersumbat adalah dengan menggunakan balsam khusus untuk bayi. Sapu sedikit di bahagian hidung dan dada bayi. Balsam sifatnya mampu menghangatkan tubuh bayi seterusnya mengatasi masalah bayi hidung tersumbat.

 

Suka untuk kami ingatkan di sini bahawa, tips di atas hanya sesuai jika bayi anda mengalami masalah hidung tersumbat yang tidak serius. Istilah tidak serius membawa maksud, masalah hidung tersumbat ini tidak memudaratkan bayi anda serta ia mampu sembuh dalam tempoh kurang dari 3 hari.

Andai kata masalah ini berlarutan seperti :

* Hidung tersumbat melebihi tempoh lima hari
* Suhu badan meningkat melebihi 39 ºC
* Sesak dada, sukar bernafas, dan batuk yang berlarutan
* Lendir kahaknya berwarna hijau pekat

Maka, ia boleh dikategorikan sebagai masalah yang serius bagi seorang bayi. Jadi, kami syorkan anda bergegas berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan susulan. Usah lagi berharap pada tips-tips asas di atas.