Author: Hafizah Ramos

Tips Sejuk Beku Puri Bayi yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Bagi ibu bapa yang sibuk, menyediakan puri bayi untuk si kecil setiap hari mungkin sedikit membebankan. Menyejuk bekukan puri bayi adalah alternatif yang terbaik kerana ia boleh bertahan sehingga beberapa bulan lamanya! Ibu bapa perlu memastikan cara menyejuk bekukan puri bayi adalah betul supaya makanan tidak mudah rosak. Tempoh menyimpan puri bayi juga berbeza bagi makanan-makanan tertentu. Terdapat juga makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan. Jom ketahui tips sejuk beku puri bayi! 7 Langkah Utama Menyejuk Bekukan Puri Bayi Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi. Pastikan ia sudah dibasuh bersih dan dikeringkan sebelum digunakan...

Read More

Membasuh Alat Permainan Boleh Cegah Jangkitan Kuman

Adakah anda membasuh alat permainan si kecil? Bilakah kali terakhir anda melakukannya? Memastikan alat permainan sentiasa bersih merupakan satu langkah yang bijak! Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi. Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak. Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mengemop lantai rumah. Berapa kerap anda perlu membersihkan...

Read More

Perkara yang Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut)

HFMD atau Hand Foot Mouth Disease (Penyakit tangan, kaki dan mulut) merupakan jangkitan virus yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun. Jangkitan menyebabkan ruam di kawasan mulut, tangan dan kaki. Apakah tanda-tanda penyakit tangan, kaki dan mulut? Ruam di tangan, kaki dan mulut merupakan tanda utama HFMD. Selain itu terdapat beberapa tanda-tanda lain juga yang boleh dialami seperti, Demam Sakit tekak Badan rasa lemah Bintik merah yang sakit pada lidah, gusi dan tekak Hilang selera makan Bayi meragam   Bagaimana kanak-kanak boleh terkena jangkitan ini? Virus daripada persekitatan boleh menyebabkan jangkitan jika kebersihan tidak...

Read More

Gegata Berlaku Kepada Si Kecil, Apa yang Perlu Ibu Bapa Tahu?

Gegata, sopak garam, kelopak garam atau ludah pontianak. Macam-macam nama diberi untuk penyakit kegatalan kulit ini. Ibu bapa pasti gusar jika anak mereka tiba-tiba sahaja mengalami kulit kegatalan seluruh badan. Apabila kulit digaru, kulit akan menjadi timbul-timbul kemerahan yang tersangat gatal. Semakin digaru, semakin banyak yang timbul sampaikan penuh satu badan. Menakutkan! Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Bagaimana Gegata / Urticaria Terjadi? Gegata atau nama saintifiknya urticaria, terjadi kerana badan menghasilkan terlalu banyak histamin dan kadar antibodi IgE di dalam darah terlalu tinggi. Antibodi IgE berfungsi untuk mengenal pasti bahan bahaya yang masuk di dalam badan. Sekiranya antibodi mengesan...

Read More

5 Petua Bayi yang Ibu Bapa Harus Tinggalkan

Petua bayi sedu letak kertas basah atas dahi? Kulit bayi ekzema sapu dengan tepung ubi? Pasti ibu bapa sudah biasa terdengar petua sebegini daripada orang-orang tua bukan? Percaya atau tidak, kebanyakan petua turun temurun ini merupakan mitos. Apa yang sering berlaku sebenarnya, keberkesanan petua tersebut hanyalah kebetulan sahaja dan tiada bukti saintifik. Lebih berbahaya jika petua tersebut boleh memudaratkan si kecil. Jom ketahui apakah petua bayi yang sebenarnya mitos! 1. Elakkan bayi memakai baju kuning semasa demam kuning Masih ada ibu bapa dan orang-orang tua percaya jika bayi dipakaikan dengan benda berwarna kuning akan menyebabkan demam kuning lambat hilang....

Read More