Author: Nazurah Hassan

7 Persediaan Papa Mesti Buat Sebelum Timang Anak Pertama

“Kalau ikut ‘due date’, minggu depan dah nak bersalin ni. Memang teruja, tapi risau ada, ‘nervous’ pun ada. Apa persediaan menyambut kelahiran yang patut aku tahu sebagai suami?” Walaupun isteri anda yang bakal memasuki bilik bersalin, jangan ingat anda tak perlu berbuat apa-apa menjelang kelahiran bayi nanti. Sebagai seorang suami, anda sebenarnya mempunyai peranan yang amat besar dalam memastikan isteri anda dapat menjalani proses bersalin dan berpantang dengan selesa. Berikut adalah 7 perkara yang patut anda lakukan sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi pertama (dan juga yang seterusnya).   7 Persediaan Menyambut Kelahiran Yang Suami Anda Patut Tahu Berikut adalah 7...

Read More

9 Tanda-Tanda Mengandung Yang Paling Jelas Seawal Minggu Pertama

“Kenapalah rasa tak sedap badan saja dari awal pagi tadi. Rasa loya, pening, macam nak demam. Ini tanda-tanda mengandung atau perasaan saja?” Bagi pasangan yang menantikan cahaya mata, tentu rasa teruja dan tak sabar untuk menerima berita kehamilan. Biasanya, orang mengaitkan tanda-tanda mengandung dengan mual dan loya. Tapi, adakah lagi tanda-tanda lain yang turut dirasai? Ini jawapannya.   9 Tanda-tanda Mengandung Yang Paling Jelas Kelihatan Seawal Minggu Pertama Berikut adalah tanda-tanda mengandung yang boleh anda perhatikan seawal minggu pertama atau sebelum lewat datang haid yang seterusnya.   1. Perubahan Payudara Perubahan hormon pada awal kehamilan dapat menjadikan payudara anda...

Read More

7 Kesilapan ‘Babywearing’ Yang Biasa Anda Lakukan Tanpa Disedari

“Ish, dah makin berat ke anak aku ni? Sakit badan pula aku rasa bila pakai alat penggendong canggih-canggih ni. Ingatkan dah beli mahal-mahal mestilah selesa.” Kini, terdapat pelbagai jenis alat penggendong canggih di pasaran. Antara yang popular di Malaysia adalah ‘Soft Structured Carrier’ (SSC) oleh jenama Snuggbaby, Pognae, Ergo, Boba, ‘Baby Wrap’ oleh jenama Moby, ‘Ring Sling’ oleh jenama Jumpsac, dan banyak lagi pengeluar-pengeluar tempatan yang dibuat khusus secara ‘handmade’ dan tak kurang berkualiti. Secara tidak langsung, cara gendong bayi dengan menggunakan alatan ini dapat memudahkan ibu bapa serta memberi keselesaan kepada bayi, terutamanya bagi keluarga yang sering ‘travel’. Apabila pertama kali menggunakannya,...

Read More

11 Makanan Penambah Darah Super Pantas Untuk Ibu Hamil

“Ish doktor cakap aku punya bacaan Hb rendah sangat. Kenapa boleh jadi macam ni? Patutlah rasa tak larat semacam. Apa makanan tambah darah yang betul-betul berkesan ya?”  Semasa mengandung, setiap wanita memang diuji dengan pelbagai kepayahan dan masalah kesihatan yang mungkin tidak pernah dialami sebelumnya. Antara kes yang selalu melanda ibu hamil adalah masalah kekurangan darah / hemoglobin (Hb) rendah atau anemia. Antara simptomnya termasuklah pening kepala, susah fokus, kelesuan, kelihatan pucat, rasa sesak nafas, dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan. Bahaya Anemia Semasa Mengandung Menurut sebuah laman web kesihatan, anemia ketika mengandung adalah merbahaya jika tidak ditangani dan dikawal...

Read More