Author: Nazurah Hassan

7 Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam. Moga Dipermudahkan!

Bagi sesetengah wanita, kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Walaupun diselubungi rasa penuh teruja, gembira, dan bersyukur, ada kalanya mereka tetap akan berasa resah, bimbang, dan stres. Banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal dan emosi serta turun naiknya hormon dalam tubuh sepanjang kehamilan. Jika tidak ditangani, ia boleh terbawa-bawa hingga selepas kelahiran, di mana ia membabitkan masalah mental yang serius seperti meroyan. 7 Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam. Elak Stres! Berikut adalah beberapa amalan ibu mengandung untuk membantu kita lebih tenang, ceria, dipermudahkan segala urusan sehingga selepas bersalin dan seterusnya. 1. Sentiasa Bersyukur Walaupun Diuji Pertama sekali, banyakkan...

Read More

Rupanya Banyak Khasiat Bawang Putih Untuk Ibu Hamil

Bawang putih sentiasa menjadi pilihan untuk meyerlahkan rasa dalam masakannya kerana rasanya yang kuat dan agak tajam. Selain untuk masakan, bawang putih juga digunakan sebagai ubat dalam petua seperti rawatan untuk selsema, sakit gigi dan sakit kulit kerana khasiat yang terkandung antaranya antioksida dan anti-radang. Sebenarnya, ada banyak juga khasiat bawang putih untuk ibu hamil yang khusus. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati ianya mampu memberi kesan positif kepada diri dan bayi dalam kandungan. 7 Khasiat Bawang Putih Untuk Ibu Hamil Berikut adalah antara kebaikan bawang putih untuk ibu hamil. 1. Mengurangkan Keguguran Rambut Perubahan hormon dalam badan membuatkan rambut mudah gugur...

Read More

5 Kepentingan Susu Untuk Ibu Mengandung. Kalau Loya Macam Mana?

Susu dan produk tenusu memberi nutrien yang signifikan kepada ibu mengandung. Sungguhpun nutrisi yang terkandung di dalamnya boleh diperolehi daripada sumber makanan lain, terdapat beberapa kajian klinikal yang telah membuktikan manfaat susu untuk ibu mengandung. 5 Kepentingan Susu Untuk Ibu Mengandung Menurut laporan USDA menerusi laman kesihatan LiveStrong, wanita hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Susu rendah lemak adalah pilihan yang lebih sihat berbanding susu penuh krim. Berikut adalah kepentingan susu untuk ibu mengandung. 1. Sumber Kalsium Yang Penting Keperluan nutrien semasa hamil meningkat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Semasa hamil, wanita memerlukan lebih...

Read More

Sakit Pinggang & Kehamilan Sukar Dipisahkan. Ini Tips Melegakannya

Salah satu keluhan yang sukar dielak adalah sakit pinggang semasa hamil. Ia bukan saja boleh mengganggu aktiviti harian, tetapi juga boleh mengganggu keselesaan ketika tidur di waktu malam. Sungguhpun ia sinonim dengan kehamilan, namun ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sakitnya. Sebelum mengetahui caranya, elok kita mengetahui terlebih dahulu punca-puncanya agar tindakan mencegahnya dapat dibuat secara lebih tepat. Punca Sakit Pinggang Semasa Hamil Berdasarkan laporan, hampir 50% hingga 70% wanita hamil akan mengalami sakit pinggang. Ada yang merasakannya pada awal kehamilan, dan ada pula yang merasakannya fasa pertengahan atau akhir kehamilan. Ada beberapa punca sakit pinggang semasa hamil...

Read More

5 Kesan Stres Terhadap Kehamilan & Bayi Dalam Kandungan

Membesarkan seorang insan baru di dalam rahim kita bukanlah tugas yang mudah. Malah, walaupun wanita bukan pertama kali melaluinya, mereka tetap akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang berbeza dengan kehamilan pertama. Maka, stres dan pergolakan emosi tentu akan berlaku dari semasa ke semasa. Sejauh Manakah Kesan Stres Terhadap Bayi Dalam Kandungan? Sebenarnya, kerisauan adalah perkara normal dan ia tidak mungkin dapat dielakkan sepenuhnya dalam hidup kita. Namun begitu, sekiranya perasaan ini semakin mendalam dan berlaku dengan terlalu kerap, ia dikhuatiri dapat memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Berikut adalah antara kesan stres terhadap kandungan dan kesihatan ibu mengandung. 5 Kesan Stres...

Read More