Author: Nazurah Hassan

Manfaat Dan Risiko Melahirkan Dalam Air (Water Birth)

Water birth atau kelahiran dalam air adalah salah satu teknik yang dipercayai membantu ibu mengandung mengatasi rasa kesakitan dengan berkesan. Di samping manfaat tersebut, terdapat juga risiko yang membahayakan. Sehubungan itu, Kementerian Kementerian Malaysia (KKM) telah mengeluarkan larangan bagi kaedah melahirkan bayi dalam air bermula April 2016. Menurut sumber berita dari Astro Awani, terdapat tiga hospital di negara ini yang menawarkan perkhidmatan melahirkan normal dalam air iaitu Pantai Kuala Lumpur, Pantai Cheras dan Island Hospital di Pulau Pinang. Walaupun begitu, hanya Hospital Pantai KL yang dilaporkan menerima notis daripada KKM, melarang mereka dari meneruskan perkhidmatan itu. Manfaat Melahirkan Normal Dalam Air Penglibatan...

Read More

6 Kelebihan Ibu Mengandung Yang Patut Dinikmati Sepenuhnya

Ibu mengandung lazimnya dikaitkan dengan pelbagai kepayahan dan ujian yang datang bersama kandungan yang semakin membesar. Contohnya, cepat letih, muntah-muntah, susah tidur malam, dan banyak pula makanan yang terpaksa dielakkan demi kesihatan bayi. Di sebalik itu, mungkin ramai yang lupa beberapa manfaat dan kelebihan ibu mengandung yang sebenarnya. 6 Kelebihan Ibu Mengandung Yang Patut Dinikmati Sepenuhnya Mari kita lihat antara kelebihan ibu mengandung yang boleh dimanfaatkan sebaiknya. 1. Keistimewaan Di Tempat Awam Secara umumya, semua orang akan berlembut hati apabila ternampak ibu mengandung. Bukanlah kita mahu menagih simpati, tetapi inilah antara kelebihan ibu mengandung yang paling seronok. Kita akan dapat...

Read More

Perkembangan Janin Dari Trimester Pertama Hingga Trimester Ketiga

Sejak mendapat tahu ada nyawa yang dikandungkan di dalam rahim, perasaan ibu tentu sekali gembira dan bersyukur. Dalam pada itu, ibu selalu ingin tahu apa yang sedang dilakukan dan bagaimana perkembangan janin setiap hari. Perkembangan Janin Dari Trimester Pertama Hingga Trimester Ketiga Dengan mengetahui tahap perkembangan janin, ibu juga dapat mengoptimumkan aktiviti demi mendapat kesihatan yang baik untuk si kecil. Perkembangan Janin Trimester Pertama: Bulan 1-3 Dalam bulan pertama kehamilan, kantung ketuban mula terbentuk sebagai tempat tumbuhnya embrio. Plasenta akan berfungsi sebagai penyalur nutrisi dari ibu ke bayinya. Saiz janin pada awalnya adalah sebesar biji kacang dan jari-jari tangannya akan mula terbentuk pada...

Read More

7 Tips Mengatasi Perut Menggeleber Selepas Bersalin

Masalah perut menggeleber selepas bersalin tidak mungkin dapat dielakkan selepas bersalin, sungguhpun sesetengah wanita tidak menambah banyak berat badan ketika mengandung. Menurut BabyCenter, perubahan hormon akan berlaku sebaik saja bayi dilahirkan, di mana rahim akan mula mengecut dan kembali kepada bentuk asalnya. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku secara perlahan dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin. 7 Tips Mengatasi Perut Menggeleber Selepas Bersalin Terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk membantu mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya dengan efisyen. 1. Menyusu Badan Seperti yang kita tahu, ada banyak manfaat penyusuan...

Read More

Awasi Kehamilan Luar Rahim. 5 Perkara Wanita Mesti ‘Alert’

Semua pasangan berkahwin pasti mahukan fasa kehamilan berjalan lancar sehingga sampai waktu untuk bersalin. Namun begitu, sesiapa saja berisiko untuk mengalami komplikasi kehamilan. Bagi kes kehamilan luar rahim, ia dianggarkan boleh berlaku kepada 1 dalam 50 ibu mengandung. Dalam poses kehamilan biasa, si ibu mengeluarkan telur ke tiub fallopian dan kekal sehingga 24 jam untuk bersenyawa dengan sperma. Selepas bersenyawa, sel campuran akan berkembang selama 3 ke 4 hari dan akan pindah ke dinding rahim untuk berkembang sepenuhnya selama 9 bulan. Kehamilan luar rahim terjadi apabila sel campuran telur dan sperma melekat pada kawasan lain selain dinding rahim terutamanya...

Read More