Tembikai adalah sejenis buah-buahan yang sangat mengiurkan terutamanya di musim panas. Strukturnya yang agak rangup, lembut, dan berair menyebabkan tiada siapa mampu untuk melepaskannya.

Dalam kerakusan menikmati sajian buah tembikai, ramai terlupa yang tembikai mempunyai banyak khasiat bukan sahaja kepada orang biasa, tetapi juga wanita hamil.

Ini 8 khasiat buah tembikai bagi wanita hamil.

 

1. MENGURANGKAN BENGKAK DAN KEKEJANGAN OTOT

Ibu mengandung sangat sinonim dengan keadaan bengkak-bengkak kaki, tangan yang disebut sebagai edema disebabkan oleh perubahan hormone dan peningkatan berat badan.

Kandungan air di dalam buah tembikai dapat mengurangkan pembuluh darah yang tersumbat dan kekejangan otot.

 

2. MENGELAKKAN DEHIDRASI

Dehidrasi yang berlaku terhadap ibu mengandung akan menyebabkan implikasi buruk seperti kelahiran pramatang.

Kandungan air yang tinggi di dalam tembikai iaitu meliputi kira-kira 90% akan membantu dan memastikan si ibu tidak mengalami kekurangan air di dalam badan.

 

3. MENCEGAH PIGMENTASI

Ibu mengandung kerap mengalami pigmentasi kulit disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil, dan mempengaruhi keadaan kulit.

Kekerapan memakan buah tembikai, membuatkan kulit ibu menjadi lebih mulus dan masalah pigmentasi berkurang.

[Baca : Ini Sebab Kenapa Keju Tidak Boleh Dimakan Semasa Hamil]

4. MENGATASI MORNING SICKNESS

Ibu hamil majoritinya akan mengalami morning sickness. Tahap keterukan morning sickness setiap ibu hamil tidak sama. Namun kebanyakannya akan mengalami loya-loya, lesu, dan letih terutamanya pada trimester pertama.

Khasiat dan tenaga yang ada di dalam buah tembikai dan sifatnya yang menyegarkan memberi manfaat terhadap ibu hamil. Rasa mual yang wujud daripada ketidakhadaman pemakanan juga akan hilang dengan kekerapan pengambilan buah tembikai.

morning sickness semasa mengandung

Foto Kredit: Giraffian.com

 

5. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Buah tembikai kaya dengan kandungan zat bernama Likopen. Ini menjadikan tembikai sebagai satu makanan yang sihat untuk ibu hamil serta berkhasiat menjaga kesihatan jantung bakal ibu dan bayi.

 

6. MENINGKATKAN IMUNITI BADAN

Vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

 

7. MEMBANTU PERTUMBESARAN BAYI

Tembikai mempunyai kalium yang berfungsi sebagai bahan yang mempertahankan kandungan kalsium dalam badan. Kalium juga membantu dalam proses pembentukan tulang bayi dan dalam masa yang sama menguatkan sendi ibu.

Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.

 

8. MELANCARKAN AIR KENCING

Ibu mengandung kerap mengalami kencing tidak lawas terutama ketika sarat mengandung dan kekerapan pengambilan tembikai akan melancarkan air kencing.

 

Resipi Mudah Jus Tembikai Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

resepi jus tembikai

Foto Kredit: FreePik

  1. 8 cawan puri berbiji cubed tembikai dikisar sehingga hancur.
  2. Tuangkan melalui penapis. (tidak menekan buah dengan sudu bagi mengelakkan serat tembikai yang banyak).
  3. Buang hampas tembikai.
  4. Hidangkan jus serta-merta, kacau sebelum dihidangkan.
  5. Jika mahu, tambah 1 sudu besar jus limau (seperti limau, lemon atau oren) untuk memberikasa rasa masam.
  6. Resepi ini mampu menghasilkan sehingga 1 liter atau kira-kira 4 cawan jus tembikai.

 

Info Tambahan!

Makanan tambahan lycopene setiap hari mengurangkan insiden preeclampsia sebanyak 50 peratus. Satu hidangan kecil tembikai mempunyai tiga kali ganda jumlah lycopene yang mempunyai berat 4 miligram.