Sebagai seorang ibu, adalah penting untuk kita menjaga pemakanan bayi kita dengan baik. Apabila mencuba resepi untuk bayi, kita perlu pilih yang berkhasiat dan sesuai untuk si comel.

Jika sebelum ini anda asyik kekeringan idea untuk mencuba resepi baru dan asyik menghidangkan menu yang sama kepada bayi anda, mereka pasti bosan, sama seperti kita.

[Percuma] Muat Turun Koleksi Resepi Makanan Bayi Ini Dalam Format Ebook. Klik SINI.

Jadi dalam artikel ini, saya bantu anda kumpulkan 60 koleksi resepi daripada pelbagai blog yang ada. Semua resepi ini dikongsikan oleh ibu-ibu yang sudah mencuba resepi tersebut kepada bayi mereka. Resepi yang dikongsikan adalah pelbagai dan bermacam jenis – tak ada masalah untuk memberikan variasi rasa makanan kepada bayi anda.

Jom terjah!

5 resepi puree buah-buahan untuk bayi 6-12 bulan

Resepi untuk bayi - Epal dan Mangga Tika mana bayi anda mula berusia 6 bulan dan ke atas, anda pasti ingin cuba memperkenalkan makanan baru kepada bayi anda. Anda tak perlu risau untuk bermula dari mana, kerana Ibu Zarith ada menyediakan 5 resepi puree yang menarik untuk anda cuba:

  1. Puree Batik
  2. Puree Epal & Mangga
  3. Puree Brokoli
  4. Asparagus & Puree Epal
  5. Puree Pisang, Peach & Strawberry

Anda boleh dapatkan kesemua resepi puree tersebut di sini.

13 resepi untuk bayi 6-12 bulan

Resepi untuk bayi

Sekiranya anda ingin mencuba resepi yang lebih menarik dan pelbagai, artikel daripada Mama Mujahidah ini mesti anda baca. Daripada sekadar memasak puree, apa kata anda masak pula makanan berasaskan oat, ikan, kentang dan sebagainya.

Resepi pasta untuk bayi pun ada! Bunyi macam menarik, bukan? Pasti si comel anda tidak lagi bosan menjamah makanan yang sama sahaja. Variasikan rasa makanan untuk merangsang deria rasa lidahnya. Ini senarai resepi yang ada:

  1. Resipi masakan kentang
  2. Bubur oat, ikan dan saderi
  3. Resipi kentang, lobak dan pis bersusu
  4. Bubur tauhu, brokoli, lobak merah dan ayam
  5. Bubur nasi, ikan merah dan lobak
  6. Sup kobis bunga dan kentang
  7. Bubur nasi dan kurma
  8. Bubur kurma prune
  9. Bubur ayam istimewa
  10. Resepi pengenalan daging kepada bayi 8 bulan ke atas (dengan nasihat doktor)
  11. Pasta versi bayi
  12. Bubur ikan istimewa
  13. Bubur oat dan ikan

Kesemua resepi tersebut ada di sini.

3 resepi enak untuk bayi 9-12 bulan

Resepi untuk bayi Semakin bayi anda membesar, semakin banyak jenis makanan pejal yang boleh anda cuba perkenalkan. Antara 3 yang menarik ada dikongsikan oleh Umm Amna Maryam dalam artikelnya. Mungkin resepi baru ini boleh membantu anda apabila bayi anda tidak mahu maka dan berkurang berat badannya.

Penulis pun ada juga kongsikan tips berguna tentang apa yang boleh anda lakukan apabila bayi anda menolak untuk makan. 3 resepi ini mungkin belum pernah anda cuba:

  1. Roti bakar bersalut keju dan sayuran
  2. Telur dadar bersama kacang hijau dan keju
  3. Ayam dinosaur dan epal

Klik sini untuk resepi tersebut.

[Percuma] Muat Turun Koleksi Resepi Makanan Bayi Ini Dalam Format Ebook. Klik SINI.

16 resepi untuk bayi daripada KeluargaBaru

Resepi untuk bayi Blog KeluargaBaru sememangnya kerap berkongsi resepi-resepi yang menarik untuk anda cuba. Daripada sekadar menyediakan puri biasa, mereka berkongsi cara-cara untuk menjadikannya dengan lebih menarik menggunakan bahan-bahan ringkas lain.

Selain itu, mereka juga banyak berkongsi tips berguna untuk kesihatan bayi anda melalui makanan. Antara resepi menarik untuk bayi anda daripada AnakkuPermataku & KeluargaBaru:

  1. 2 resipi puri campuran untuk bayi 6 bulan ke atas
  2. 4 resepi puri buah-buahan untuk bayi 6-8 bulan
  3. Resepi snek buah-buahan (9-11 bulan)
  4. Resepi bubur oat plum dan pisang (9-11 bulan)
  5. Resepi sup bihun, ubi keledek dan sayuran (9-11 bulan)
  6. Resepi sup sayur campur dengan ikan (9-11 bulan)
  7. Resepi sweet corn, potato and chicken mix (9-11 bulan)
  8. 4 resepi makanan bayi 6-8 bulan yang terbaik
  9. Makanan pertama yang terbaik untuk bayi anda

2 resepi untuk bayi daripada Ustazah Firuz

Resepi untuk bayi Pernahkah bayi anda mencuba spageti sebelum ini? Bila si comel anda sudah berusia 10 bulan dan ke atas, mungkin tak ada masalah untuk anda mencuba resepi ini selagi ianya kena dengan selera bayi anda. Resepi yang dikongsikan oleh Ustazah Pilihan Firuz ini juga sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk.

Selain itu, resepi nasi ayam untuk bayi juga dikongsikan. Menarik bukan? Mungkin menu ini dapat membantu si comel anda merasa makanan baru yang lain daripada biasa. Anda boleh klik di bawah untuk kedua-dua resepi tersebut:

  1. Resepi Spageti Daging
  2. Resepi Nasi Ayam Berjagung

21 resepi untuk bayi 8 bulan ke atas

resepi-untuk-bayi-pumptato Satu lagi blog yang wajib saya kongsikan adalah blog Shakina Farhan. Puan Kina kongsikan sampai 21 resepi yang digunakan untuk anak-anaknya.

Banyak betul! Harapnya anda tak hadapi masalah tak tahu nak masak apa lagi untuk bayi anda selepas ini. Boleh pilih sahaja mana yang sesuai. Antara resepi yang dikongsikan:

  1. Nasi ayam sempoi
  2. Snowgurt chintaku
  3. Bubur nasi carrot dengan ikan tenggiri bakar
  4. Caramelized apple & banana with cinnamon
  5. Nasi tomato untuk si cilik
  6. Pasta shrek
  7. Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot
  8. Volcano mash potato with chessy chicken
  9. Greek potato salad
  10. Puding kastad banananana TV9
  11. Pumptato
  12. Chicken curry with carrot & aspalela asparagus
  13. Spagetti bolognaise simple
  14. Carrot cek mek molek
  15. Chessy carrot as finger food
  16. Tomato soup
  17. Chicken & broccoli pasta with apple sauce
  18. Bubur nasi aneka warna
  19. Bubur lambuk baby
  20. Banana split for baby
  21. Steak ikan tenggiri for baby

Nama resepi pun semuanya comel-comel dan menarik. Anda boleh dapatkan semua resepi tersebut di sini.

Selamat mencuba

Saya harap, anda tidak rambang mata pula untuk memilih resepi yang mana setiap hari. Kenal pasti selera dan makanan kesukaan bayi anda, dan pada masa yang sama cubalah perkenalkan menu dan rasa yang baru semasa si comel anda membesar. Anda ada cadangan resepi yang lain?

Boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah ya.

[Percuma] Muat Turun Koleksi Resepi Makanan Bayi Ini Dalam Format Ebook. Klik SINI.