Ibu yang mengandung wajib menjaga pemakanan mereka. Ini kerana, ianya sangat mempengaruhi kesihatan dan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Malangnya, tak ramai ibu hamil yang mampu mengikuti saranan ini. Jadi, untuk langkah awal, anda boleh mulakan dengan pengambilan 6 buah-buahan ini.

Bukan sahaja mampu memberikan tenaga dan menyihatkan tubuh badan, malah, bayi juga akan menerima tempias kebaikan dari buah-buahan ini. Jom, kita telusuri apa yang ada pada 6 buah ini.

 

6 Buah-Buahan Terbaik Yang Wajib Anda Cuba Sepanjang Kehamilan

 

1. Kurma

Anda tahu kisah Maryam, ibu Nabi Isa? Satu-satunya wanita yang melahirkan anak tanpa suami. Apakah makanan yang dikurniakan Allah kepadanya dalam tempoh bersalin beliau?”

Ya. Buah KURMA!

Apakah keisitimewaan buah kurma, tamar dan rattab ini?

buah kurma untuk ibu menngandung

Foto Kredit: Pixabay

Buah ini mengandungi banyak kandungan nutrisi seperti asid folik, zink, zat besi, kalsium, kalium, magnesium, vitamin C dan juga vitamin B.

Nutrisi-nutrisi ini boleh membantu ibu-ibu untuk menghilangkan penat dan lesu ketika mengandung, menaikkan bacaan HB dengan terlibat dalam proses pembentukan sel darah merah sekaligus mengelakkan anemia. Kurma juga membantu memudahkan bersalin tau.

 

2. Pisang

Siapa tak kenal pisang kan? Pisang cukup terkenal sebagai pelawas yang mana mampu mengelakkan ibu mengandung dari masalah sembelit dan sukar membuang.

Selain itu, pisang juga mengandungi nutrisi lain yang dapat membantu ibu hamil seperti vitamin, asid folat dan juga kalium.

Asid folat membantu pembentukan otak dan juga tulang sumsum bayi. Otak dan tulang sumsum adalah 2 organ yang sangat penting dalam sistem tubuh manusia.

Pisang juga antara buah yang mengandungi vitamin C yang mana ianya membantu semasa proses pembentukan darah selain daripada membantu dalam pembentukan gusi, tulang dan kulit.

 

3. Buah Naga

buah naga ibu hamil

Foto Kredit: Pixabay

Buah naga kaya dengan antioksidan dan juga Vitamin B3 yang membantu melembabkan kulit semasa mengandung.

Buah naga juga membantu menghasilkan antibody bagi menguatkan sistem imunisasi ibu supaya sukar dijangkiti penyakit. Buah naga juga dapat mencairkan kahak dan menghilangkan batuk.

Tips Mudah : Beli dan potong buah naga. Kemudian, bekukan buah naga di dalam peti ais. Setiap minggu, makanlah 2-3 kali potongan buah naga tadi. Ini membantu buah naga untuk tahan lebih lama.

 

4. Epal

Epal adalah buah yang kaya dengan vitamin. Epal juga antara buah yang mempunyai warna yang menarik perhatian.

Epal mengandungi vitamin A, B kompleks dan vitamin C yang banyak membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil dari diserang penyakit.

[easy-tweet tweet=”Pengambilan buah epal sepanjang kehamilan juga membantu ibu-ibu untuk mengawal berat badan agar tetap ideal. ” user=”anakkupermataku” hashtags=”#diethamil”]

Siapa tak nak stay kurus dan slim kan. Amalkan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari.

[Baca Juga: 40 Idea Snek Tinggi Protein Khas Buat Ibu Mengandung]

5. Anggur

anggur merah sesuai untuk ibu yang sedang hamil

Foto Kredit: Pixabay

Anggur mempunyai dua jenis iaitu anggur merah dan anggur hijau. Anggur yang elok dimakan oleh ibu mengandung ialah anggur merah.

Anggur merah kaya dengan antioksidan yang dapat membuang radikal bebas yang merbahaya dalam badan kita. Anggur juga boleh dijadikan sebagai snek untuk ibu-ibu mengandung untuk dimakan semasa masa-masa terluang.

Anggur juga kaya dengan Vitamin A yang boleh menstabilkan metabolic rate ibu mengandung. Selain itu, anggur juga mengandungi folate, potassium, phosphorus, magnesium dan sodium yang sangat baik untuk ibu mengandung.

 

6. Avocado

buah avokado sesuai dimakan semasa hamil

Foto Kredit: Pixabay

Buah avocado antara buah yang banyak mengandungi folik asid. Ibu-ibu mesti tahu kan kelebihan folik asid kepada kandungan. Salah satu fungsi folik asid ialah untuk mengekalkan bacaan HB anda.

Selain itu, sekiranya anda ada morning sickness yang teruk, avocado boleh membantu. Ini disebabkan kandungan Vitamin B6 yang ada pada buah ini.

Avokado juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ini sangat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah sembelit. Serat membantu badan untuk menghadam makanan dengan lebih baik.

 

Pilihlah buah-buahan yang terbaik sepanjang kehamilan anda. Untuk lebih mudah, sematkan dalam minda anda untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sehingga 5 kali sehari.

Jangan lupa kongsikan artikel ini di dinding facebook anda. Gunakan hashtag #diethamil =)